Minggu ini kita masih meneruskan pencarian ilmu dan berkongsi informasi mengenai kalsium. Kalsium merupakan satu bahan yang tidak boleh diperoleh secara semulajadi di dalam badan. Kalsium perlu diperoleh dari luar tubuh, iaitu melalui sumber makanan. Badan kita sememangnya sangat bergantung kepada kalsium. Kalsium boleh membantu kerja dalam rangkaian tubuh, tulang, sel–sel, dan kemampuan saraf–saraf untuk berhubung antara satu sama lain. Kalsium turut membantu penyembuhan luka, pembekuan darah dan penyebaran bahan-bahan gizi ke seluruh tubuh. Kalsium amat penting terutama buat ibu yang hamil melalui fasa melahirkan. Namun begitu, kebanyakan orang tidak memperoleh kalsium yang mencukupi. Setiap hari tubuh akan kehilangan kalsium melalui kulit dan kuku yang mengelupas, rambut yang gugur, dan peluh yang mengalir keluar.
Badan akan menyerap kalsium dari tulang dan gigi (hampir 99% kalsium disimpan di dalam tulang dan gigi, 1% dalam cecair dan tisu badan). Akibatnya, tulang dan gigi akan menjadi rapuh. Semakin banyak tubuh ‘mencuri‘ kalsium daripada tulang, semakin lama masa yang diperlukan tubuh untuk menggantikannya. Lama kelamaan, tulang akan rapuh dan menyebabkan osteoporosis. Selain itu,kekurangan juga sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi dan jantung berdebar.
Jelaslah betapa pentingnya kalsium bagi tubuh berbanding mineral yang lain. Kalsium boleh diperoleh dari makanan seharian seperti brokoli, almond, sardin, dan susu.Sekiranya dirasakan masih kurang, Tuan Puan digalakkan untuk mengambilnya dari suplemen kalsium.
OsteMatrix Membekalkan:
1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.
Leave a Reply