Kesihatan bermula dari rumah

Kau bukan lagi kawanku

Kau bukan lagi kawanku. Setelah hampir 6 tahun kau bersamaku, kini ku harus mengucapkan selamat tinggal kepadamu.


Ya, selamat jalan alfalfa. Kita kini tidak lagi dapat bersama. Sekiranya dulu kau menjadi teman setiaku disepanjang proses penyusuanku bersama anak-anak. Kini aku perlu melupakan kamu.

Sememangnya dari mula CikYut tahu, ALFALFA tidak sesuai untuk pesakit autoimmune seperti SLE. Dan sememangnya CikYut juga tahu bahawasanya psoriasis juga adalah penyakit autoimmune. Sepanjang CikYut consume alfalfa, ia tidak memberi kesan buruk bahkan banyak membantu CikYut dalam penyusuan dan juga dalam mengeratkan hubungan suami isteri. Namun atas nasihat dan perbincangan dengan upline, maka CikYut perlu memberhentikan pengambilan alfalfa secara serta-merta.

Walaupun ia tidak memberi kesan buruk yang melampau, namun ia boleh mengganggu proses pemulihan psoriasis yang sedang saya lakukan. Alfalfa bertindak balas sebagai agent pengaktif kepada penyakit autoimmune. Ia akan menyebabkan keadaan seseorang itu menjadi lebih teruk.

Buat rakan-rakan yang sedang mengalami psoriasis, boleh hubungi CikYut untuk berkongsi cerita dan mendapatkan konsultansi mengenai suplemen yang bersesuaian bagi penyakit psoriasis. Saya berbesar hati untuk membantu anda!


Rakan Nutrisi dan Penyusuan Anda.

Yusrina 019.271.2601

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *