Kesihatan bermula dari rumah

Kenapa PERLU ambil suplemen?

Posted by on Jan 16, 2012 in Jurnal Kesihatan, Suplemen | 0 comments

Tajuk post ni agak keras. Buat mereka yang anti-suplemen, confirm makin mencebik kat Cik Yut. Paling koman pun, sebakul sumpah seranah depa collect bagi I. Hahaha.. Tak kenal maka tak cinta. Kalau tak dibuka mata hati, tengok dengan biji mata pun tak nampak.

Seperti tajuk post, KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN?

Sekiranya, anda mempunyai kehidupan berikut :

1. Anda menetap di kawasan yang penuh dengan tumbuhan hijau.
2. Anda merupakan seorang peladang, tanam dan makan sendiri sayuran anda.
3. Anda merupakan seorang penternak – bela sendiri lembu, kambing, ayam dan itik.
4. Anda merupakan seorang yang mengamalkan senaman setiap hari.

Sekiranya anda memenuhi keempat-empat kriteria di atas, YA anda tidak memerlukan suplemen!

Hahahaha… Dapat ke lulus kesemua kriteria di atas? Dah tentu tidak. Hampir kesemua kita menetap di kawasan hutan batu. Kawasan yang penuh dengan batu bata. Kawasan yang penuh dengan asap. Hampir kesemua kita juga tidak bekerja sebagai peladang dan penternak, hatta nelayan. Dan jarang juga antara kita yang rajin nak pi bersenam.
 
Itu baru tempat kediaman dan mengenai bahan yang kita makan. Confirm ke kita haiwan tu haiwan organik yang dibela tetapi dapat lepas bebas menikmati isi alam, bukan haiwan yang disuntik dengan hormon untuk digemukkan atau dicepatkan proses kematangannya. Anda yakin? Entah berapa bilangan nutrisi yang tinggal dalam haiwan tu? Tu baru satu. Kemudian, haiwan tu disembelih dan sayuran itu diproses untuk penghantaran ke pasar borong atau pasaraya. Ya, mereka kata mereka ambil kira untuk menjaga tahap kebersihan dan menjaga kandungan nutrisinya. Tetapi tanpa sedar, kita sudah kehilangan hampir separuh dari zat yang terdapat di dalam daging dan sayuran itu apabila kita membelinya.

‘Food supplement’ atau makanan tambahan bukan lagi pilihan sebenarnya. Boleh dikatakan ia menjadi keperluan di dalam setiap rumah. Lebih-lebih lagi sekiranya :
– anda seorang yang overweight
– anda seorang perokok tegar
– atau pun anda tinggal bersama si perokok tegar
– anda terdedah kepada bahan-bahan kimia
– suka sangat makan jajan
– tak suka sangat makan sayuran dan buahan
– anda seorang yang kurang bersenam
– suka makan makanan segera yang tinggi lemak dan kolesterolnya

Jangan menidakkan lagi apa yang berlaku pada diri anda. Ya, makanan tambahan tidak semestinya dalam bentuk pil. Tetapi sekiranya anda tidak dapat menjumpai makanan yang berkhasiat yang anda yakin kandungan nutrisinya tidak hilang hampir 50%, maka pengambilan makanan tambahan menerusi pil atau bancuhan adalah jawapannya. 

Saya tidak memaksa anda untuk terus ke farmasi dan membeli keperluan suplemen anda. Saya hanya mahu anda membaca dengan hati yang terbuka. Membaca dengan lapang dada tanpa sebarang prejudis. Tetapi sekiranya anda masih lagi mempunyai masalah untuk menyerap informasi atau tulisan ini, saya mohon anda hubungi saya terus ya!

Setakat ini dulu. Nanti kita sambung lagi.


Sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh diajukan melalui email ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *