Kesihatan bermula dari rumah

Kencing manis boleh menyebabkan kebutaan

Kencing manis boleh menyebabkan kebutaan – Ya, kencing manis boleh menyebabkan kebutaan. Namun berapa ramai yang sedar mengenai hal ini. Kebutaan yang disebabkan oleh kencing manis dapat dicegah dari awal sekiranya paras bacaan glukosa dalam darah dikawal.


Masalah apakah yang timbul akibat diabetes mellitus?Bermulanya komplikasi bergantung pada jangka masa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan berlaku di kemudian hari iaitu semasa usia dewasa. Doktor anda akan memberitahu sama ada diabetes mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan susulan.Tahap glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan organ-organ berikut:

  • Ginjal: kegagalan ginjal.
  • Mata: kebutaan.
  • Jantung: serangan sakit jantung, serangan angin ahmar.
  • Salur darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak).
  • Sistem saraf: masalah deria.
  • Organ reproduktif: mati pucuk (impotent).
  • Kaki: masalah kaki (diabetic foot)
  • Kulit: jangkitan kulit berulang seperti bisul.

Sumber : MyHealth

Retina yang normal 

Gambar di atas ialah gambar retina yang normal. Retina yang tiada mengalami sebarang masalah. Retina ialah lapisan permukaan dalaman mata yang berfungsi untuk menukar imej dunia visual. Sebarang komplikasi yang berlaku pada bahagian ini jarang dapat dipulihkan.


Apabila seseorang mempunyai kencing manis yang tidak terkawal, ini boleh menyebabkan berlaku pendarahan pada retina. Pendarahan yang teruk sekiranya ia melibatkan kawasan makula (bahagian paling sensitif pada retina), maka boleh menyebabkan kebutaan.


Retina yang sudah terganggu
Apabila mata telah memperlihatkan keadaan gangguan disebabkan oleh kencing manis, ia akan dipanggil Diabetik retinopati (DR). DR ini mempunyai beberapa tahap sebelum ia sampai ke tahap paling teruk dan seterusnya menyebabkan kebutaan.


DR mengikut tahapnya


Nasihat saya, sekiranya anda seorang pesakit kencing manis tetapi dalam keadaan bacaan yang terkawal, dapatkan juga pemeriksaan mata dari doktor pakar mata di hospital pakar. Sekiranya sudah mendapat temujanji dari klinik mata, pastikan anda terus mengikut tarikh temujanji tanpa putus. Ini kerana bahagian retina ini susah nak nampak dari luar! Perlu gunakan alatan.





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *