Kesihatan bermula dari rumah

Kepala anak gatal – berkutu?

Posted by on Feb 6, 2012 in Prosante, rambut gatal | 0 comments

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Anak-anak yang ke taska atau tadika seringkali mengalami masalah ini. Kalau nampak anak-anak balik dari taska/tadika dan tangannya menggaru kepala dengan sangat kerap, itu bermaksud adalah sesuatu di kepalanya. Kalau tak pun,mereka sendiri yang mengadu. “Ibu, kepala kakak gatallah!” Kemudian, selang seminggu, kepala ibunya pula yang gatal. hahaha…. 


Mari kita berkenalan dengan kutu yang mengganggu anak-anak ini…

Biasanya,kutu berwarna kelabu kehitaman dengan panjangnya 2.5mm. Ia sering ditemui di kulit kepala. Kutu hidup dengan menghisap darah. Dan saya pula akan beritahu anak-anak, sekiranya tidak mahu membenarkan saya menyikat rambut mereka lama kelamaan darah di dalam badan mereka akan habis! heee.. Kutu hanya mampu bertahan selama dua hari sahaja jika terjatuh dari kulit kepala. Kawasan yang paling banyak ditemui adalah di belakang telinga dan berdekatan belakang tengkuk.

Kutu membiak dengan cepat. Dalam masa sehari, kutu betina boleh bertelur antara enam hingga lapan kali. Biasanya kutu betina bertelur berdekatan pangkal akar rambut – patutlah susah nak buang! Selepas tujuh atau lapan hari, telur kutu menetas dan meninggalkan kelonsong berwarna putih bersinar. Antara sepuluh hingga empat belas hari selepas itu, kutu mencapai tahap kematangan. Malah ia boleh mencapai dua hingga empat mm panjang. Jangka hayat kutu bagaimanapun tidak panjang, biasanya antara 32 hingga 35 hari. 

Kutu gemar berada di kepala anak-anak perempuan, kerana anak-anakperempuan selalunya berambut panjang. Selalunya masalah ini akan hilang apabila anak-anakmeningkat dewasa. Eheeem…tapi ibu-ibu pun kena jaga-jaga juga bila anak-anak kita kena…Adoooi…gatal satu kepala dibuatnya! Oleh itu, untuk mengatasinya, ibu-ibu boleh menggunakan syampu khas. Selain itu boleh juga menggunakan minyak zaitun.


Simptom yang dialami oleh anak-anak :
  • Rasa sangat gatal pada kulit kepala terutamanya di belakang telinga dan leher
  • Sentiasa menggaru sehingga menyebabkan ruam yang dapat dilihat di belakang telinga
  • Bintik-bintik putih pada rambut (telur kutu) yang melekat pada rambut
  • Kalau keadaan teruk, nodus limfa di belakang telinga membengkak


Bagaimana hendak menangani masalah kutu ini?
  • Gunakan syampu berubat atau losyen kutu kepala
  • Keringkan rambut anak-anak dengan sempurna, kemudian buangkan semua kutu yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus
  • Periksa rambut ahli keluarga yang lain dan rawat sekiranya perlu

Opss… sekejap. Ada empat perkara yang perlu diingat apabila menggunakan ubat kutu
  • Jangan menggunakan jumlah yang lebih daripada disarankan
  • Jangan rawat dengan syampu yang sama sekiranya pernah menggunakan ia pada sebelum ini – dulu pernah kena, guna syampu A, sekarang kena lagi, guna syampu yang sama – Cuba untuk guna syampu jenam lain pula
  • Jangan campurkan ubat kutu berlainan jenama
  • Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia gagal dirawat

Kutu dapat tersebar dengan merangkak atau jatuh ke atas pakaian, cadar, atau berpindah ke perumah lain, atau melalui perkongsian eksesori rambut seperti sikat, berus,tuala dan sebagainya.


Cara untuk mencegahnya dari sampai ke kepala ibu! (heee)
  • Elakkan dari berkongsi berus, sikat, aksesori rambut dan sebagainya
  • Elakkan daripada berkongsi tuala dengan anak-anak (atau anak A berkongsi dengan anak B)
  • Jangan menghantar anak-anak yang dijangkiti kutu ke taska/tadika shingga mereka telah dirawat sempurna



Dan saya pula menggunakan syampu Prosante untuk membantu mengurangkan pembiakan cik kutu ni di atas kepala anak-anak dan kepala saya! Syiiooook je rasa lepas pakai!






Sebarang pertanyaan mengenai produk dan konsultansi boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS/WhatsApp 019-2712601.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *