
Adakah penggunaan pam ini wajib? Adakah ia sesuatu yang sangat diperlukan atau sesuatu yang mengikut kehendak semasa? Adakah ibu-ibu memahami mengapa perlunya pam? Atau ikutan dari teman-teman sekeliling?
Pam ibarat alat bantuan sokongan. Ia bukanlah barang wajib/mesti ada untuk setiap ibu. Sebelum mendapatkan pam, ibu-ibu perlu tahu mengapa mahu menggunakan pam. Acapkali saya berpesan kepada ibu-ibu untuk benar-benar mengosongkan payudara.
Dan ibu-ibu pula akan bertanya, “Bagaimana hendak mengosongkan payudara? Perlukah saya membeli pam?”.
Jawapan saya kepada ibu-ibu, ” Ibu tidak perlu membeli pam. Memadai dengan menggunakan tangan sahaja!”.

Pastinya ramai ibu yang memilih tidak mahu menggunakan tangan atas pelbagai alasan. Ya, saya hormati keputusan ibu. Ibu lebih tahu bagaimana rutin seharian. Sibukkah, sempatkah, hanya ibu yang tahu. Tidak saya. Ada ibu yang mampu untuk melakukan perahan menggunakan tangan, ada ibu yang kurang yakin, merasakan mereka kurang mampu untuk melakukannya. Apabila terdapat ibu yang kurang yakin, saya tidak mahu memaksa, tetapi saya akan ajar sekiranya ibu mahu tahu mengenainya.
Sekiranya ibu lebih yakin dengan menggunakan pam, sudah faham keperluan penggunaannya, saya hormati pendirian ibu. Saya tidak mahu memaksa sehingga boleh membantutkan usaha penyusuan kepada si kecil. Apa yang penting bagi saya ialah si ibu dan si kecil masing-masing gembira. Tiada apa yang lebih menggembirakan saya apabila melihat si ibu berjaya menyusukan si kecil!
Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.
aThidEaN
10/11/2011 at 9:10 amgood article.copy yer!
Cik Yus
11/11/2011 at 6:45 amSIla0sila…jangan segan!