Kuatkan imuniti anda!

Sebagai pengamal suplemen, aku bukan sejenis yang akan membabi buta nak makan suplemen ikut apa orang kata dan suruh. Dah menjadi kebiasaan aku untuk ambil tahu apa yang aku makan. Sebab aku seorang pesakit psoriasis. Pesakit auto immune disease perlu sentiasa kawal apa yang dimakan, apa yang dilakukan. Tahu apa yang akan mencetuskan masalah kepada badannya. Dan pengurusan setiap pesakit adalah berbeza. Itu dari pembacaan aku.

Jadinya bila sekarang ni, pandemik Covid-19 sedang menular ke seluruh dunia, maka aku saaangat perlu meningkatkan imuniti badan. DUA PRODUK paling meletup di Shaklee iaitu SR Vita-C dan Nutriferon, perlu sentiasa ada dalam almari aku.

Dan apa yang aku amalkan itu disokong oleh pakar perubatan. Ya, aku maklum. Ada juga pakar perubatan yang memperlekehkan fungsi vitamin C. Tapi aku malas nak berdebat dengan mereka. Takde gunanya. Sebagai seorang yang pernah bertugas di hospital, aku maklum dengan input para doktor mengenai suplemen dan pemakanan. Sebab itu ada jurusan Dietetik dan Pakar Pemakanan. Doktor tak boleh nak sedut semua ilmu. Aku hanya berlapang dada saja dengan orang-orang yang selalu membantah dan memperlekahkan suplemen.

Dan aku plak, bukan nak suruh korang telan satu botol sehari. Hidup biar berpada dan bersederhana. Kenalpasti masalah kesihatan sendiri, kenali diri, baru korang tahu macamana nak makan suplemen dengan betul.

Tapiiii… sekarang jangan cari SR Vita-C. Sebab dah habis. Aku ada stok Nutriferon aja sekarang ni. Tapi korang boleh juga amalkan Carotomax atau Vitamin E sebagai salah satu cara nak tingkatkan imuniti badan. Hat dua ni, vitamin larut lemak, jadinya dah sah-sah korang tak boleh overdose melainkan badan korang dah semulajadi ada Vitamin E Deficiency. Yang tu, aku suh korang p jumpa doktor dulu untuk sahkan. OK?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.