Kesihatan bermula dari rumah

Kurangkan berat badan dengan SARAPAN

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Adakah anda bersarapan pada setiap pagi? Adakah anda mengetahui bahawa dengan bersarapan itu penting? Ya, semua orang mengetahuinya. KITA PERLU BERSARAPAN SETIAP PAGI.

Adakah anda mengetahui bahawa denga bersarapan, berat badan dapat dikurangkan? Bagaimana caranya? Ya, dengan bersarapan kita dapat mengurangkan pengambilan makanan ringan atau snek sebelum makan tengahari. Sarapan sebenarnya penting kepada kehidupan terutamanya buat remaja dalam proses tumbesaran mereka.

Kebiasaannya selepas tidur, badan akan menjadi lemah kerana perut telah menjadi kosong dan air di dalam badan juga telah berkurangan. Kandungan gula dalam darah juga telah menjadi rendah dan menyebabkan badan tidak bertenaga dan bermaya. Makanlah makanan yang menyihatkan, bukan yang penuh lemak dan tinggi kolesterolnya.



Jadi BAGAIMANA pula CARAnya?

1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak. 

2. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dari dua minggu.

3. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur susu segar merupakan sajian sarapan yang sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi/

4. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukan roti putih. Sebagai penambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang serta taburkan dengan kismis.

5. Jika anda berada di dalam keadaan tergesa-gesa, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu mebuatkan perut kenyang sehingga waktu tengahari.

6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kelainan. 





Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *