Kesihatan bermula dari rumah

Kurus?? Apa rahsianya?

Posted by on Apr 23, 2011 in Jurnal Kesihatan, kurus, Lecithin, Me | 0 comments

Rahsia kurus | Bf & Lecithin


Salam


Hari tu, saya sempat membuat penghantaran set Super Saver Buddy Pack kepada teman saya, Su. Sebenarnya yg beli ialah teman Su. Tapi disebabkan temannya solat, jadi Su yg turun ke bawah untuk ambil set tu. Kami ni selalu berhubung melalui telefon atau pun SMS. Sekali-sekala sahaja bertemu. Bila kali terakhir kami bertemu? mmm saya sudah lupa!! Maaf ye Su!!


Bila Su nampak saya, dia terus jerit. 


“Yut, kenapa kau dah kurus!!”
“Kau tensen ke??”
“Byk masalah??”


Amboi minah ni, ambil perhatian sungguh. Banyak sungguh soalan dia.. Heheee.. Saya pula tak terjawab soalan2 cepumas Su tu tadi. Kalau ikutkan mmg nak cerita panjang, tapi saya menumpang berhenti di kawasan orang. Jadi perlu cepat sebelum dihalau pergi. Saya hanya jawab, saya ok, tiada masalah, semua baik2 aje!


Heheee.. Tapi dalam hati dah kembang setaman dah. Orang kata kita kurus, mestilah suka kan. Esoknya. pagi2 seperti biasa di pejabat, saya akan buka email dulu. waaaah.. Syoknya! 




haaa.. Tgk-tgk! Tak syok ke dapat email camtu.. heeee… Semalam punya kembang pun belum suruh, hari ni Si SU hantar email kasi puji lagi.. Sabar je lah.. Macam sebelum kahwin! Su dah kenal saya dari masa belajar di universiti dulu. Kami main hoki sesama. jadi harus le Su tahu bentuk badan saya dulu camana kan..

Su, kalau kau baca blog aku ni, ni rahsianya. Tapi kau boleh mula pakai lepas kau bersalin nanti ye! Jadi kena sabar le sikit!..

1. Menyusu badan – Disebabkan Su berjumpa dgn saya slps saya bersalin, jadi haruslah kerana menyusu badan menjadi faktor bgmn saya boleh kurus. 9 bulan lemak disimpan semasa mengandung, jadi kita kena bakar balik dengan menyusukan bayi kita.

2. Rutin harian – Bersenam?? ish… Rutin harian adalah naik turun tangga setiap hari, setiap pagi sebelum pergi kerja. Kami anak-beranak tidur di tingkat atas. Bila pergi kerja, 3 beradik ni lena lagi. Jadi mak paknya kena turun naik beberapa kali utk bawa mereka turun. Mmg berpeluh. Baru sudah mandi, belum smp tempat kerja, badan dah berpeluh2 dah..

3. Menjaga pemakanan – Saya kuat makan sebenarnya. Tapi saya lebih selesa utk makan sekadar mengisi perut shj. Bukan ikut nafsu (w/pun selalunya mmg berselera tgk lauk pauk tu) Selalunya petua ni saya buat utk sarapan pagi, dan tengahari. Kalau makan malam, mmg gagal. Lagilah kalau masak sendiri. Mesti habsi segala nasi dan lauk yg ada!

4. Makan Lecithin – Ni antara salah satu senjata saya utk kurus. Saya akan ambil 3 biji sehari sebelum tidur. Maksimum pengambilan ialah 6 biji sehari. Tapi saya rasa sudah memadai utk saya ambil 3 biji sehari.

Sebenarnya, bukan Su shj yg tegur. Ada juga beberapa rakan di pejabat yg tegur. Tapi selalunya, kalau ada yg tegur, saya akan jawab ni ialah antara kebaikan menyusukan si kecil anda! Nak buat promosi penyusuan lah katakan.. heheee.. Ini juga bermaksud misi saya telah berjaya!!wahahaha.. lagilah saya suka. Maaf ye kawan2, saya sgt teruja ni.


Rahsia kurus | Bf & Lecithin


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Boleh isikan BORANG PESANAN di sini atau sms kan kepada saya 019-2712601



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *