Kesihatan bermula dari rumah

Lagi cerita KALSIUM

Kita dah tahu kalsium itu penting untuk tubuh badan kita. Mari kita sambung lagi cerita mengenai kalsium…


MANA YANG BAIK?

Bentuk suplemen kalsium bermacam-macam. Salah satunya adalah kalsium karbonat. Namun lebih baik anda memilih kalsium sitrat. Kalsium karbonat boleh menyebabkan gas, atau sembelit pada sesetengah orang. Tetapi kalsium sitrat bersifat lebih aman. Kalsium sitrat termasuk di dalam kumpulan kalsium yang paling boleh diserap oleh tubuh dan tidak memerlukan asid perut tambahan. 

Kalsium karbonat pula bersifat sebaliknya. Ia perlu diambil bersama makanan agar asid gastrik tambahan dapat dihasilkan. Asid gastrik diperlukan untuk meningkatkan penyerapan. Oleh sebab itu, apabila mahu memilih suplemen kalsium, pilih yang tidak mengandungi sebarang tambahan seperti gula, gluten atau silika! (Suplemen Shaklee tiada gel silika!!) 


SIAPA ‘TEMAN-TEMANNYA’?
Kalsium tidak diambil sendirian. Ia perlu diambil bersama Vitamin D dan magnesium supaya ia dapat diserap dengan baik oleh tubuh. Hasil penyelidikan membuktikan pengambilan vitamin D yang cukup akan meningkatkan penyerapan kalsium sehingga 65%.


CUKUPKAH DENGAN MULTIVITAMIN?
“Saya tetap mengambil multivitamin. Maksudnya saya tidak perlu mengambil suplemen kalsium lagi, kan?”
Mungkin begitu soalan anda. Malangnya, jawapannya tidak benar, kerana umumnya kalsium yang terdapat dalam multivitamin tidak lebih 200 – 250 mg. Maka, anda perlu mengambil suplemen kalsium.




BOLEH DIAMBIL berbarengan?
Pesakit batu karang atau penyakit buah pinggang tidak sepatutnya mengambil suplemen kalsium, kerana dikhuatiri keadaannya akan bertambah parah. Selain itu, suplemen kalsium juga boleh mengganggu kerja beberapa jenis ubat. Misalnya, menurunkan kemampuan tubuh untuk menyerap antibiotik jenis tetrasiklin.Kalsium juga boleh mengganggu penyerapan zat besi. Oleh sebab itu, suplemen kalsium jangan diambil bersama dengan tambahan zat besi. Kecuali bila suplemen zat besi dimakan bersama vitamin C atau kalsium sitrat. Maka, sebelum mengambil suplemen kalsium, ada baiknya anda berunding dulu dengan doktor.




BERAPA KALI SEHARI?
Pengambilan kalsium yang dianjurkan untuk dewasa adalah 1000 – 1300 mg per hari, bergantung pada usia, jantina, dan keadaan fizikal. Misalnya, wanita yang sedang hamil, menyusui, atau berdiet memerlukan lebih banyak lagi kalsium. Begitu juga dengan wanita yang berumur 40 tahun ke atas. Pilihlah suplemen kalsium yang setiap tabletnya mengandungi 500mg. Makanlah 2-3 tablet setiap hari. Sekiranya anda tidak suka minum susu, sebaiknya anda mengambilnya 3 tablet sehari. Kerana tubuh memerlukan kalsium 24 jam sehari, anda digalakkan untuk mengambil suplemen kalsium sebelum tidur malam, agar persediaan kalsium anda sepanjang malam dipenuhi. Memang ada beberapa orang yang tidak dapat mencerna gula susu. Akibatnya, mereka sering menderita kembung dan kejang kalau minum susu. Daripada kekurangan kalsium, lebih baik minum tambahan kalsium yang tidak mengandungi gula susu.

Supplemen kalsium dari Shaklee – Ostematrix




Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe@gmail.com atau sms kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *