Kesihatan bermula dari rumah

Luka cepat sembuh dengan ZINC Complex!

Posted by on Oct 15, 2014 in Diabetes, Zinc | 0 comments

Luka cepat sembuh dengan ZINC Complex! Semalam sempat berkunjung ke rumah ahli AZ Fighters, Ilah. Rancangan asala ialah untuk berkongsi kebaikan produk dengan beberapa lagi temannya. 

Namun disebabkan mereka mempunyai agenda mendesak (kawan-kawannya sambung belajar, jadi sibuk jumpa pensyarah) maka kami teruskan agenda dengan sesama kami sahaja.


Saya lebih banyak bertanya mengenai kebaikan produk yang telah digunakannya. Nak dijadikan cerita, suami Ilah belum lagi mencuba sebarang produk Shaklee. Namun dia tidak menolak untuk mencuba. Suami Ilah mempunyai kencing manis dan mempunyai sedikit luka pada jari kakinya. Agak lama juga keadaan itu berlaku. Satu hari, Ilah telah beri ZINC Complex kepada suaminya. Ini pun kerana stok ZINC Complex kepunyaannya masih ada.

Dan Alhamdulillah. Selepas 3 hari, luka pada kaki suami Ilah semakin kering. Dan suami Ilah semakin gembira dengan keadaan ini. Saya mencadangkan kepada Ilah supaya membawa suaminya ke klinik untuk membuat pemeriksaan darah untuk mendapatkan bacaan terkini mengenai status kencing manisnya. Dan kemudian memulakan program kesihatan untuk pesakit kencing manis (saya tidak tahu suaminya ada kencing manis!).

Anda bagaimana? Mahu cuba? Usah bertangguh lagi. Kesihatan adalah kekayaan yang berpanjangan. Pelihara diri, sayangi keluarga!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *