Kesihatan bermula dari rumah

Madu – Solusi TERBAIK wanita hamil

Posted by on May 23, 2017 in Jurnal Kehamilan | 0 comments

Keadaan ibu semasa hamil sukar untuk diramal. Pagi sihat, nanti bila malam tiba belum pasti lagi sejahteranya. Pagi rasa nak demam, sebelah petang bukan main lagi mengemas rumah. Ada masa, sendiri tak faham dengan keadaan dirinya. Pengambilan ubat bukanlah jawapan yang bagus.

honey

 

Biasanya, ibu yang sedang berbadan dua dilarang mengambil sebarang ubatan kecuali dengan kebenaran doktor. Ada doktor yang menggalakkan pengambilan suplemen, ada yang tidak. Salah satu cara untuk memberikan keselesaan kepada ibu hamil ialah dengan mengamalkan pengambilan madu. Namun, ibu-ibu perlu bijak memilih madu mana yang tulen. Kerana di pasaran banyak terdapat madu tiruan.

Madu kaya dengan khasiat yang tinggi dan bagus untuk tubuh badan. Madu terdiri daripada beberapa kandungan antaranya air, karbohidrat, vitamin B, Vitamin C dan mineral seperti kalsium, zat besi dan sodium. Pengambilan madu sangat digalakkan sebagai sumber tenaga.

Apa lagi khasiat madu?

Agen antibodi yang baik

Tubuh badan wanita mengandung akan mengalami beberapa perubahan dari segi luaran dan juga dalaman serta mudah terdedah kepada jangkitan kuman. Ini disebabkan oleh ibu hamil sedang menyesuaikan diri dengan kandungan di dalam perut, dan menyebabkan tubuh mereka menjadi lemah. Oleh itu, amat berbahaya sekiranya mereka mengambil ubat-ubatan tanpa mendapat pandangan dari doktor. Pengambilan madu dapat memberi antibodi kepada tubuh lemah mereka.

Atasi perut meragam

Madu sangat bagus untuk merawat ketidakselesaan perut, pedih ulu hati bagi wanita hamil. Ibu hamil boleh cuba ambil satu sudu madu bersama segelas susu jika perut tidak berasa selesa. Madu tidak akan meloyakan, sebaliknya akan menambah rasa manis semulajadi dalam makanan.

Kurangkan morning sickness

Morning sickness adalah perkara yang mahu dielak oleh semua ibu hamil. Emosi yang tidak menentu, selalu muntah, dan pening kepala antara contohnya. Morning sickness boleh menyebabkan hilang selera makan dan dehidrasi. Solusi terbaik ialah dengan mengambil  sesudu madu setiap pagi sebelum makan supaya khasiat madu dapat diserap dengan baik oleh sistem badan.

Menghindari penyakit ulser

Bakteria jenis helicobacter pylori adalah sejenis bakteria yang boleh menjangkiti perut manusia. Wanta hamil paling mudah terdedah kepada bakteria jenis ni. Helicobacter pylori boleh mnenyebabkan ketidakselesaan dan pedih perut dan juga boleh menyebabkan ulser perut. Dengan mengambil madu, ia dapat membunuh bakteria ini sekaligus dapat mengelak dari berlakunya ulser perut.

Kurangkan alergi

Mengalami simptom alergi antara yang tidak digemari oleh ibu hamil. Lain orang lain keadaannya. Ada juga ibu hamil yang tidak mengalami gangguan ini. Madu digunakan untuk merawat alergi secara semulajadi. Ia akan kembali meneutralkan masalah alergi dan mengelakkan ia berlaku lebih teruk lagi.

Mengurangkan batuk

Seperti yang ditegaskan sebelum ini pengambilan ubat-ubatan untuk ibu hamil perlukan pengesahan dari yang pakar. Ini untuk mengelakkan ia dari berlaku perkara yang tidak diingini tertamanya kepada kandungan si ibu. Madu adalah solisi terbaik untuk mengubat sakit tekak dan batuk. Amalkan satu sudu madu bersama air.

.

.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya Yusrina Hata 019-2712601 atau klik icon di bawan ini.

Bertindak sekarang sebelum terlambat.

 

order sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *