‘Makanan’ akhir zaman

Entah kenapa nak tulis tentang ini. Saya yakin semua sudah tahu, kita adalah umat akhir zaman. Yang sedang menanti episod-episod akhir zaman untuk berlaku seterusnya ke episod akhir hari terakhir bumi. Adakala datang rasa takut yang teramat. Adakah aku mahu mati sekarang? Atau menunggu hingga hari akhirnya bumi ini?

Sesungguhnya, kedua-duanya pun amat menakutkan. Ada ketika, saya tidak dapat lelap pada waktu malam. Adakah aku akan bangkit lagi esok? Andai ini malam terakhir ku, adakah akan ada yang menangis dengan pemergian ku? Adakah yang akan terus mengingatiku? Adakah aku tetap dalam ingatan dan hati suami yang ditinggalkan? 😔😔

Entahla… macam-macam yang difikirkan. Untuk menghilangkan rasa resah di hati ini, saya sentiasa mengingatkan diri untuk sentiasa beristighfar. Membanyakkan membaca doa nabi Yunus

LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMEEN - YouTube

dan juga membaca ini

HAMBALI ABDULLAH: AMALKANLAH UCAP ZIKIR "LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA  BILLAAH"

Mungkin disebabkan pandemik ini, keadaan bonda saya yang masih lagi lemah (belum sihat seperti biasa) menyebabkan saya banyak berfikir tentang pengakhiran. Cuba untuk terus kekal waras, tidak tenggelam dalam situasi yang melanda hati dan fikiran. الله المستعان

Ya, dalam banyak keadaan, saya hanya buat apa yang patut di buat dan serahkan selebihnya kepada Allah jua. Doakan saya kuat. Dan saya juga doakan anda semua kuat melalui waktu-waktu pandemik ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.