Kesihatan bermula dari rumah

Makanan Penambah Susu Badan

*Kredit kepada Vitamin Semulajadi.

Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih-lebih lagi sekarang ni kita makin menghampiri Ramadhan. Jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.

9 jenis makanan penambah susu yang boleh didapati secara semulajadi ialah:

(1) Daun Alfalfa

alfalfa

Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa. Tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu.

(2) Halba @ Fenugreek

fenugreek

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil.

(3) Jintan

jintan

Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja :)

(4) Kurma

kurma

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.

(5) Susu

susu

Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.

(6) Keju

mozzarella cheese

Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya ;)

(7) Tempe

tempe

Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan, malah memekatkan susu.

(8) Sayuran Hijau

sayur

Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.

(9) Lobak Putih

lobak putih

Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.

AMALAN WAJIB – KOSONGKAN PAYUDARA!

KERAP MENGEPAM – setiap hari sekiurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.

DOA

Doa membanyakkan susu ibu:

Kredit kepada : http://doaayatdanzikir.wordpress.com

Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya. Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.

Jika anda merasakan sukar untuk mendapatkan kesembilan-sembilan makanan semulajadi di atas, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee.

* Lengkap dengan Protein soya, 12 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semula jadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *

Jumlah harga jualan untuk set ini:
(1) RM509.75 (termasuk kos penghantaran ke Semenanjung).
(2) RM543.75 (termasuk kos penghantaran ke Sabah & Sarawak).
* Untuk dapatkan harga istimewa, sila sms atau email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Berminat untuk mencuba produk Shaklee?
Hubungi kami di ibuaz.shoppe@gmail.com, atau SMS ke 019-2712601 (Yus) untuk mendapatkan harga istimewa.

Sekiranya anda berada berdekatan dengan cawangan Shaklee di Wangsa Maju, Shah Alam, Johor Bahru, Kota Bharu, Seberang Jaya atau Kota Kinabalu, dan ingin walk in sendiri ke Shaklee Branches ini, silalah SMS ke 019-2712601 (Yus) terlebih dahulu agar anda tidak terlepas untuk menikmati harga istimewa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *