Kesihatan bermula dari rumah

Mati kutu…

Posted by on Aug 24, 2011 in GLA Complex, Lecithin, Pemakanan, Vitamin C, Vitamin E | 0 comments

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadan



Bila org lain berblogging, saya pun sibuk juga nak berblog. Dari satu blog jadi dua blog. Dari dua blog, jadi tiga blog. Tapi akhirnya, semua bungkus. hihihi… Minta maaf ye. Kalau ikut niche blog ni, saya sepatutnya menulis mengenai penyusuan dan kesihatan. Tapi apa yang saya buat..Kumpul sawang kat semua blog!!

Ok, mari kita pakat bersihkan blog ni sempena nak raya ni (kalau tak raya, confirm bersawang lagi lee blog ni!). Jap ye..fuuh..fuuuhh..ok.. dag bersih sikit dah. Nanti la kita kasi lap dgn mop ye. Baik, apa Cik Yut nak cerita hari ni?? Lama sgt dah tak bercerita-cerita…

Oh ye, hari raya dah nak dekat. Ada yang akan pulang ke kampung isteri, ada yang akan pulang ke kampung suami. Ada juga yang tak pulang ke mana-mana kampung. Yang tidak pulang tu, jangan bersedih ye. Sambutlah raya di hati ini dengan penuh berbunga-bunga atas usaha yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan. Jadi di mana pun kita berada, kita berhak untuk claim kemenangan yang kita dah buat sepanjang bulan Ramadan. InsyaAllah.


Sambutan Syawal memang meriah. Juadah enak-enak. Kuih muih lagi yang sedap. Kalau atas meja tu, memang penuh la dengan makanan. Ish..kalau ikut nafsu, mmg semuanya nak dimakan. Boleh sebenarnya. Makanlah semuanya, tapi berkadaran. Cukuplah sekadar merasa keenakan juadah tu, bukan lah melantak. Kalau nak melantak, berjaga2 lah ye.

Sbb itu Cik Yut nak cadangkan 4 supplement supaya dapat menjaga diri kita bila kita dah terkawal nafsu bila dah mengadap makanan. Supplemenet itu ialah Vit C, Lecithin, Vit E dan GLA. Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah :

Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.

Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).  Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri. Menguatkan imuniti tubuh. Memperlahankan proses penuaan.


Ini merupakan persiapan raya juga. Jangan nanti selepas raya, ramai yang berduyun-duyun ke emergency atas alasan terlampau banyak makan dan tidak menjaga apa yang disumbat ke dalam mulut! 


Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *