Kesihatan bermula dari rumah

Memastikan penyusuan berjaya!

Posted by on Dec 20, 2011 in Breastfeeding, Set 3M, Set B | 0 comments

Assalamualaikum….

Alhamdulillah, sudah setahun satu bulan Azrie menyusu. Emak ada bagi hint supaya Azrie berhenti menyusu. Saya kata tak perlulah. Azzalea dahulu saya susukan sehingga satu tahun lima bulan, dan Azzalea berhenti menyusu secara terus kerana saya mengandung. Saya sendiri yang sedih bila Azzalea berhenti menyusu.  Walhal Azzalea relax je.



Dengan keadaan psoriasis yang sekejap datang, sekejap pergi, sememangnya mencabar ketabahan dan kesabaran saya. Dahla tenggelam timbul pun di tempat yang sama. Haaai..bersabar ajelah. Dari menggunakan Spetra3, kemudian menggunakan Medela Harmony, akhirnya saya nekad untuk bermarmet sahaja. Senang. Saya pula menjadi fobia dan trauma dengan kesakitan yang saya hadapi. Eh…saya bukan nak cerita ini.. heheheh… ampun!



Apa tips untuk menjayakan penyusuan (itu topik sebenarnya! suka sangat menyimpang la Cik Yut ni!)

1. Memulakan pemikiran yang positif sejak dari awal kehamilan lagi.
2. Menyiapkan diri dengan penuh ketabahan – gila tabah la – supaya apabila terdapat sebarang masalah, kita cool aja.
3. Pastikan seluruh ahli keluarga adalah seiring dengan kita. Kalau ada yang bangkang, meh kasi Cik Yut brainwash!
4. Kerap menyusukan secara terus. Ikut kehendak si kecil, tetapi jangan melebihi 3-4 jam. kalau si kecil tidur, kejutka dia apabila tempoh tidurnya sudah melebihi 3jam.
4. Kerap minum air. Kalau badan kering sangat macamana nak ada production. Darah dalam badan pun payah nak gerak.
5. Makan makanan yang berkhasiat dan jangan skip makan. Takut gemuk? Alahai, banyak kalori yang diperlukan oleh ibu menyusu, jadi jangan risau. Aa yang anda makan, semuanya akan dibakar!
6. Mengelak diri mengalami sebarang tekanan. Ya, tak kira apa jua tekanan. Sedikit tekanan mampu untuk membantutkan penghasilan susu.
7. Pengambilan vitamin mengikut saranan buat mereka yang rasa-rasa makan tidak cukup berkhasiat.
8. Berdoa dan berzikir. Meminta dariNya supaya dipermudahkan urusan penyusuan.



Penyusuan adalah momen yang sangat-sangat indah. Saya yakin, ramai ibu yang mahu menyusukan si kecil mereka selama boleh. Cuma satu saya naktekan, banyakkan BREASTFEEDING, bukan BREASTMILK  FEEDING!




Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe@gmail.com atau call saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *