Mencari KEKUATAN di dalam KELEMAHAN…

Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan. Namun, kita lebih cenderung untuk fokus kepada kelemahan diri kita berbanding fokus kepada kekuatan. Kita juga cenderung untuk menjadi toksik kepada diri kita sendiri…

Aku sebenarnya bercerita tentang diri sendiri. Aku tahu kekuatan diri aku, tapi entah mengapa, aku lebih senang untuk fokus kepada kelemahan diri. Fokus kepada kekurangan, fokus kepada limitasi. Dan yang lebih parah lagi ialah aku terlalu fokus kepada perkara lalu sehingga merencatkan segala perancangan masa hadapan.

Trauma dengan beberapa perkara yang berlaku telah menyebabkan aku merasakan aku tidak lagi boleh untuk melangkah dan mendaki puncak kejayaan. Dek kerana takut perkara yang sama akan berlaku lagi, aku menghentikan langkah ku.

Ya, aku sedang berusaha sedaya upaya untuk mengubahkan kembali diri ku dari si beluncas hijau menjadi rama-rama yang besar dan cantik. Walaupun hayat rama-rama itu sebentar cuma, tapi dalam sekejap itu ia mampu untuk memberi inspirasi kepada yang melihatnya.

Terima kasih Ya ALLAH kerana membenarkan aku melalui episod gelap. DAn aku kembali sedar, bahawa aku tidak lagi boleh melalui episod gelap ini dan aku harus segera keluar!

Mempunyai kelemahan diri itu tidak salah. Tapi yang salah ialah meletakkan kelemahan itu di hadapan supaya menjadi perisai diri. Sehingga menyebabkan kekuatan diri tenggelam ke dasar…

InsyaAllah dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah dan dengan izinNya, jiwa kita yang tadi lemah, pasti akan bangkit semula menjadi kuat dan hebat. Amin Ya Rabb.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.