Kesihatan bermula dari rumah

Mencari posisi terbaik!

Posted by on Jan 10, 2012 in Breastfeeding | 0 comments

Posisi penyusuan dan pelekapan bayi ketika penyusuan juga merupakan elemen penting dalam menjadikan penyusuan ibu berjaya selepas si ibu belajar mengenai dirinya. Untuk itu, hari ini kita cuba lihat beberapa posisi asas.



Empat posisi yang disebut di atas ialah :
1. Cradle hold  
2. Cross-cradle hold
3. Football hold
4. Lying down

Dalam keempat-empat posisi di atas, saya menggemari posisi terakhir. Kerana sebaik menyusu, anak-anak lebih senang untuk terus lena. Oleh sebab itu, saya tidak mahu menggerakkan anak, jadi saya terus berada pada posisi berbaring itu! Lepas anak lena, ibunya pun turut lena! hahahahah.. (Itu yang sebenarnya! ;p )


Dari posisi pertama hingga ketiga, posisi-posisi ini memerlukan beberapa bantuan yang lain. 

1. Letakkan bantal di bawah bayi supaya dapat si ibu dapat mengampu bayi dengan lebih baikdan kurang berasa penat.
2. Letakkan pengalas kaki sekiranga si ibu duduk di kerusi yang tinggi. Kaki yang berjuntai boleh membuatkansi ibu berasa kurang selesa.
3. Letakkan bantal di bahagian belakang si ibu dan si ibu bersandar sedikit ke belakang.

Mungkin ada sesetengah ibu merasakan kurang yakin apabila tidak dapat membongkok ketika menyusukan. Ada susu itu masuk kalau badan ditegakkan? Tidak tersedakkah bayi sekiranya badan ditegakkan? Sebenarnya kunci utama semasa memilih posisi ketika penyusuan ialah KESELESAAN si ibu. Apabila ibu selesa, dia akan kurang penat dan penyusuan itu tidak meletihkan. Ya, seharusnya begitu. Penyusuan itu indah!



Laidback position – ini juga posisi yang saya suka!





Sebarang pertanyaan dan konsultansi mengenai penyusuan dan suplemen boleh diajukan melalui email ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms ke 019-2712601.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *