Kesihatan bermula dari rumah

Mengenali payudara dan puting anda sebagai langkah persediaan penyusuan

Posted by on Dec 16, 2011 in Breastfeeding | 0 comments

Saya pernah berkongsi artikel yang saya tulis untuk warga Hospital Serdang iaitu Persediaan Penyusuan Ibu. Hari ini saya mahu sambung sedikit lagi. Selepas sering mengadakan perjumpaan kecil bersama ibu-ibu yang mahu menyusukan, atau yang sedang menyusukan, saya perasan saya terlupa untuk menyentuh satu topik. Ia nampak remeh tapi mampu memberi impak yang besar terhadap ibu itu dan penyusuannya. 

Perkara yang saya lupa itu ialah persiapan untuk mengenali payudara sendiri dan mengatasi sebarang masalah berkaitan dengan payudara. Rata-rata ibu akan mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan, pam, ilmu mengenai bagaimana untuk menyimpan dan menggunakan stok. Tetapi mereka terlupa untuk menyiapkan diri mereka sendiri.


Dari Mr Google

Kenapa perlu perhatikan payudara? Sebenarnya bentuk payudara bukanlah faktor kejayaan penyusuan, tetapi dengan mengenalpasti bagaimana keadaan payudara dan juga puting dapat memberikan kelebihan kepada si ibu untuk mengatasi sebarang situasi, seperti cara lekapan bayi semasa si kecil menyusu. Selain dari mengenalpasti keadaan rupa payudara, ibu-ibu juga perlu mengenalpasti rupe bentuk puting mereka. Masalah puting yang biasa berlaku kepada ibu ialah puting terlalu besar, inverted nipple dan puting terlalu pendek.


Inverted nipple


Puting pendek dan besar


Dengan mengenalpastibentuk dan rupa payudara serta puting, maka ibu-ibu dapat membuat persediaan awal mengenai bagaimana untuk mengatasi sesuatu situasi. Saya beri contoh ibu yang mempunyai payudaranya jatuh ke bawah, sagging breast. Posisi bayi harus berubah sedikit dari yang biasa,suapaya ibu dan bayi berada dalam keadaan selesa. Namun bentuk lekapan masih perlu sama. 

Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau sms kan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *