Kesihatan bermula dari rumah

Mengkritik atau menghormati?

Posted by on Sep 21, 2011 in Breastfeeding, Halal, Pemakanan | 0 comments

Salam…

Selepas selesai latihan MbfPC, kebanyakan peserta berkobar-kobar untuk sama-sama berjuang dengan saya untuk membantu ibu-ibu di luar sana dalam menjayakan proses penyusuan. Namun apa yang menarik sekali ialah dari seorang yang suka mengkritik, kebanyakan peserta (hampir kesemuanya rasanya!) telah berjaya mengubah persepsi mereka mengenai pendapat orang lain dan juga dalam menghormati keputusan yang dibuat oleh orang lain.

Menghormati dan menerima pendapat serta keputusan ibu-ibu lain penting bagi memastikan si ibu tidak tertekan dengan keputusan dan tindakan yang diambilnya. Dengan cara ini juga, dapat membuat si ibu menerima panyusuan itu adalah lumrah, praktikal dan tiada paksaan.

Sekiranya seseorang itu dengan senang hati mengkritik orang lain, si ibu berkemungkinan besar akan melupakan terus hal-hal yang berkaitan dengan penyusuan. Si ibu pastinya trauma dan tidak mahu mempunyai niat langsung untuk menyusukan bayi mereka yang seterusnya.


Walau apapun caranya, di akhir matlamat ialah memastikan kedua ibu dan anak gembira. Biarpun si ibu menghentikan penyusuan lebih awal, mahu memberikan susu artifisial kepada anaknya, kita tetap perlu menghormati keputusan itu.




Email kepada saya di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau smskan kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *