Kesihatan bermula dari rumah

Mengubati selsema si kecil – cara tradisional

Mengubati selsema si kecil – Di internet, terdapat pelbagai cara untuk mengubati selsema si kecil. Disebabkan saya sering mengalami selsema (orang imuniti rendah ni, pantang sejuk sikit), maka secara tidak langsung, Azmie akan turut sama selsema. 

Cara yang biasa saya gunakan ialah dengan membakar bawang putih, kemudian dilenyekkan bersama minyak dan sedikit lada hitam. Minyak dan bawang putih itu disapu pada tapak kaki anak. Saya juga akan urut satu badan bayi dengan minyak itu. Memang keluar angin satu badan, sampai nak termuntah saya dibuatnya. Ada juga yang mencadangkan supaya diletakkan bawang putih lenyek itu pada tapak kaki si kecil kemudian dipakaikan stokin.Yang ni saya jarang buat sebab Azmie tak suka pakai stokin. Nanti dia akan buang stokin tu.
Cara rawat selsema (tradisional)
Lakukan dengan kerap. Setiap hari sehingga selsema si kecil hilang. Boleh juga digunakan kepada orang dewasa terutama untuk mengurut. Kadang kala, kita boleh dapat selsema ni sebab urat tergeliat satu badan. Urutkan juga di bahagian kepala menggunakan minyak ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *