Kesihatan bermula dari rumah

Misi sebulan… Baru satu minggu!

Bismillah.
Sesuatu itu lebih mudah disebut dari dibuat. Menasihatkan ramai ibu, sudah menjadi kepakaran saya! 😀 sekarang, saya perlu usahakannya.Kurang 3 minggu lagi, saya akan kembali bekerja. Jadi, saya menggunakan sepenuhnya kesempatan waktu yang ada untuk mengumpul stok buat Azmie.
Alhamdulillah. Walaupun tidak semeriah macam Azrie dulu, tapi ia tetap ada. Ditambah pula dengan psoriasis yang sekali sekala menjengah. Set 3M memang tidak mengecewakan. Membantu mengawal keadaan badan dan seterusnya melancarkan penghasilan dan pengeluaran susu. Semestinya prinsip asas itu perlu diikut. Demand dan supply. Tiada demand, maka tiadalah supply!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *