Kesihatan bermula dari rumah

Mudahnya menyusukan

Posted by on Oct 28, 2014 in Breastfeeding | 0 comments

Mudahnya menyusukan – Ya, sebenarnya proses penyusuan sangat mudah apabila anda membenarkan ia untuk menjadi mudah. Cabaran yang dihadapi semasa penyusuan dapat diatasi dengan baik apabila kita telah berseddia untuk menghadapinya. namun begitu, ada masa kita tidak dapat menjangkakan apakah cabaran baru yang akan berlaku pada hari itu.

 

 

Bagaimana untuk membuatkan penyusuan itu mudah?
Matlamat – nak menyusu pun perlu ada matlamat? Ya. Dengan adanya matlamat, ini akan dapat membantu ibu untuk sentiasa berfikiran positf. Tetapkan matlamat jangka panjang dan jangka pendek. 

Matlamat jangka panjang : menyusukan si kecil selama 2 tahun
Matlamat jangka pendek : dapat melalui cabaran pada setiap hari

Sokongan – kenalpasti sokongan yang ibu perlukan. Sama ada sokongan dari suami, keluarga, rakan sekerja dan juga orang sekeliling. Dapatkan persetujuan dan persepakatan dengan bentuk-bentuk sokongan ini. Dapatkan bantuan dari satu pihak, sekiranya terdapat satu pihak yang lain tidak dapat memahami matlamat si ibu.

Contoh, si ibu mahu menyusukan si kecil tetapi terdapat bantahan dari ibu (si nenek). Maka si ibu perrlu dapatkan sokongan dari si bapa atau dari orang ain (cth, kumpulan sokongan) dan memberikan penjelasana dan pemahama kepada si nenek tadi.


Memohon dariNya – Banyakkan berdoa kepada Maha Pencipta supaya dipermudahkan urusan dalam penyusuan itu. Kita tidak dapat menjangka apakah yang akan berlaku, namun kita boleh memohon dari Allah supaya kita sentiasa tabah dan cekal untuk menghadapinya. Kemanisan hanya akan datang apabila kita telah memalui cabaran itu.
Kenapa saya katakan menyusu itu mudah?
Dengan pengalaman 3 orang anak yang menyusukan, dan dengan situasi berbeza, dan ditambah pula dengan keadaan kesihatan diri yang mudah untuk goyah, saya hanya fikirkan satu perkara, Mudah untuk menyusukan!
Anda ada masalah, perlukan bantuan dan sokongan dalam penyusuan anda? Hubungi saya, CikYus 019.271.2601. Saya akan bantu sedaya yang mungkin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *