Kesihatan bermula dari rumah

Musim Panas kembali – 1 Rumah 1 Performance!

Posted by on Feb 24, 2015 in Air, Jurnal Kesihatan, Performance | 0 comments

Kalau di negara omputih, musim summer ni, depa memang tunggu. Sebab cuti sekolah kan. Kalau kita di Malaysia, memang perlu berjaga-jaga. Sedikit sebanyak, musim panas ini akan mengganggu kesihatan dan kehidupan kita.

Dari surat khabar…

Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut

22 Februari 2015 1:35 AM

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa. Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas. Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.


Oleh itu, janganlah kita berdiam diri. Usahakan selagi mampu. Cara terbaik ialah dengan minum Performance Drink sekerap yang mungkin. 
Memuaskan Dahaga 
Penyahhidratan merupakan faktor utama yang sering mengakibatkan kelesuan dan menjejaskan prestasi atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu, Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman penghidratan terkemuka.
Rumusan elektrolit proprietari OPTI-LTYE™ dengan campuran unik karbohidrat kami bertindak pantas untuk memberikan tenaga serta-merta yang berkekalan serta merangsang penghidratan optimum.
Terbukti secara Klinikal
  • Ujian makmal terhadap atlet cemerlang menunjukkan bahawa Performance Shaklee membekalkan spektrum elektrolit yang menyeluruh, termasuk kalsium dan magnesium (ciri unik yang tidak dimiliki oleh jenama terkemuka)
Ambil yang Terbaik, Serlahkan yang Terbaik
  • Dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat meningkatkan prestasi anda, membantu anda menjalani latihan lebih lama dan mengembalikan tenaga dengan lebih cepat, Shaklee Sports Nutrition adalah pilihan bijak untuk memberikan apa yang tubuh anda perlukan sebelum, semasa dan selepas latihan.
Jaminan Ketulenan Shaklee
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis atau pengawet
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *