Kesihatan bermula dari rumah

Nak uruskan susu perahan

Posted by on Aug 30, 2010 in Breastfeeding | 0 comments

Salam…

Post yang lepas mengenai jadual simpanan EBM. Kali ni kita lihat pula cara nak menguruskan EBM tu. Ni adalah ulangkaji buat Cik Yut. 

Cadangan Pengurusan EBM

Berikut adalah cadangan saya bagi mereka yang dalam dilema dalam menguruskan EBM.

  • Yang mana nak guna dulu?
  • Basically ikut prinsip first in first out.

Tapi bagi kes risau susu tak habis membazir dan sebagainya. Bolehlah guna 50%susu fresh dan 50% susu beku.

Caranya

  • malam tu keluarkan susu beku dr bahagian beku letak ke bahagian sejuk.
  • Manakala susu fresh pula susu yang diperah semalam diletakkan di ruangan sejuk peti ais sahaja.
  • Berikan susu beku yang dicairkan terlebih dahulu.
  • Apa bila susu beku cair sudah habis barulah gunakan susu fresh.
  • Jika susu fresh(yg belum dipanaskan) tidak habis digunakan susu itu boleh disimpan lagi.

Khasiat dari susu fresh lebih banyak dari susu beku yang dicairkan….(Susu beku tetap lebih berkhasiat dari FM)
Jadi jika mampu banyakkan memberi susu fresh….
Boleh juga 70% susu fresh 30% susu beku..
Bergantung kepada kemampuan dan kreativiti individu yang bergelar ibu….

p/s: pastikan stok susu beku anda digunakan sebelum habis tempoh expiry date. 

Ada lagi,

1. Selepas diperah, EBM boleh tahan di suhu bilik selama 4 jam.


2. Tapi sebaiknya selepas diperah, terus masukkan ke dalam fridge (supaya kuman tak membiak di dalam susu).

3. EBM (yg baru diperah tadi) boleh disimpan di dalam fridge selama max 120jam (5 hari) – ini latest info, bukan 72jam (3 hari) lagi dah.

4. Bila sampai tempoh max 5 hari tu, kalau EBM tu masih tak digunakan, maka masukkan ke dalam freezer.

5. Dalam freezer boleh tahan selama 3 bulan.

6. EBM beku dari freezer, kalau nak digunakan, perlu la dicairkan (thaw) semalaman kat bahagian fridge. Cth: Esok nak bawak pegi nursery, malam ni turunkan frozen EBM tu. By morning, EBM tu dah cair di bahagian fridge.

**KALAU DAH TURUN SEMULA KE FRIDGE, TAK BOLEH MASUK FREEZER BALIK. (Kira one way trip aje la).
**Bila dari beku (kat freezer) dah dicairkan semalaman (kat fridge), EBM tu cuma boleh disimpan selama 24jam saja kat fridge tu. Yg 48-72jam (or now 120 jam) tu cuma utk EBM fresh yg baru diperah saja (bukan EBM dari freezer).

7. Bila nak digunakan, just rendam dalam air suam sampai EBM jadi suam. Blh gak lalukan dulu botol tu kat air paip sampai hilang sejuknya then rendam dlm air suam.

8. Once dah direndam, (maksudnya EBM kembali ke suhu yg sesuai utk diminum), EBM cuma bertahan selama sejam. Maksudnya, EBM tu perlu dihabiskan dlm masa sejam tu. Kalau lebih dari sejam, kena buang (sbb tu penting utk panaskan setakat yg perlu or setakat one feeding aje).

9. Kalau ada EBM yang berbaki, cthnya baby tak habis minum within that 1 hour tu, TAK BOLEH disejukkan semula sebab tak mahu ada risiko kuman membiak dlm susu tu. Yg balance tu, kena buang.

Heee biasalah, bila first time nak buat nih, rasa kelam kabut sikit. Once dah biasa esok, senang aje sebenarnya..

Soalan nih mmg fav question for first time mom yg nak bf. Sampai saya pun dah terhafalkan jawapannya hehe.
Kalau ada yg tak clear pasal penerangan sy kat atas tu, jgn malu nak tanya lagi. make sure faham betul2 sbb susu tu nak bagi anak minum, kena yakin dan faham dgn proses penyediaannya.

Credit : Nota-nota di atas adalah hasil tulisan kawan saya (yg saya tak ingat siapa..melampau!!)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *