Kesihatan bermula dari rumah

Penawar hati

Posted by on Oct 28, 2010 in Hati | 0 comments

Salam

Maaf ye teman2..Beberapa hari ni tiada mood utk update di blog ni. Mood saya seakan dibawa pergi. Tapi mmg pun. Suami tercinta tiada di sisi, disaat saya dalam menunggu hari. Perasaan saya juga tak keruan. Saya kurang gemar untuk berkongsi sesuatu yang negatif dengan pembaca. Kerana saya takut impak negatif itu akan sampai kepada pembaca juga.
Bila organ hati yang sakit, selalunya kita akan cepat cari penawarnya. Kita makan ubat iut, ubat inilah. Laju aje. Yelah, nanti takut melarat. Boleh sampai jadi penyakit kuning nanti. Tapi bila hati kita sakit, atau lesu, lambat pula kita nak ubatinya. Saya perasan bila saya ada hati yang lesu, saya akan jadi kurang fokus, senang marah dan menjadi terlalu penat. Padahal bukannya saya buat apa2 kerja berat pun. Tapi membawa hati yang lesu terasa amat berat sekali.
Perasan tak bila kita rasa riang, senang hati, semua kerja dapat dilakukan dengan senang dan mudah. Seperti tiada apa yang menghalang atau mengganggu. Jadi, untuk mengubat hati yang lesu ni, saya cuba amalkan beberapa perkara.
Terdapat 5 Perkara yang merupakan ubat hati yang resah dan jiwa yang gersang. Ia juga berfungsi sebagai penyejuk hati yang dilanda berbagai keluhan dan ketidaktenteraman.

Lima Perkara tersebut adalah:

   1. Membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta menghayati kandungan dan maknanya.
   2. Berpuasa sunat ataupun makan yang setakat cukup, yakni tidak menuruti hawa nafsu
   3. Tekun beribadah di malam hari seperti qiamullail atau solat tahajud
   4. Berusaha mendekatkan diri dengan sentiasa berzikir bagi mengingati Allah
   5. Bercampur dan bergaul dengan orang-orang soleh dan alim ulama

Sumber: Penawar Bagi Hati Penenang Bagi Jiwa Jilid 2

Alhamdulillah. Walaupun, masih ada sedikit sisa, tapi hati saya kembali tenang. Mungkin saya tak keruan sbb saya akan bersalin tak lama lagi. Jadi mmg wajarlah diri saya kurang tenang. Cuma ada rasa nak tergelak. Ni bukan kelahiran pertama, tapi lagak saya seperti orang mengandung sulung!
Saya harap kalian dapat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat saya dan bayi yang bakal lahir ni ye. Ok, sampai jumpa lagi!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *