Kesihatan bermula dari rumah

Pengalaman berbeza untuk setiap anak

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease *





2012 hampir ke penghujungnya. Alhamdulillah. Tanpa kita sedar, hanya tinggal satu bulan sahaja lagi. Usia kita juga akan bertambah satu lagi angka. Anak-anak pula tidak sabar untuk menunggu tarikh hari lahir mereka supaya mreka dapat mngumpul hadiah lagi! Sabar ajelah….


Hari ini saya saja nak berkonsi pengalaman mengandungkan mereka. Saya berharap, dengan sedikit cebisan ini dapat menjadi panduan buat ibu-ibu di luar yang sedang hamil. InsyaAllah. 

Setiap kehamilan, pasti ada bezanya antara satu dengan yang lain. Ini kerana individu yang kita kandung itu sudah pun berbeza. Tiada yang sama di antara A dengan B. Begitu uniknya ciptaan Allah. Walaupun si A dan B terhasil dari cantuman penyumbang sperma dan ovum yang sama.

Dengan Azyana, si kakak sulung, saya lebih banyak bermain dengan perasaan.  Asyik tangkap leleh aja. Mungkin kerana si ayah sering bertugas di luar kawasan, perasaan sangat sensitif ketika itu. Sikit-sikit nak mengalir airmata. Sikit-sikit nak nangis. Tidak betah untuk tinggal sendirian di rumah. Dan saya sedikit manja. Buat kerja sikit, dah malas. Tak mau buat. Pagi-pagi patut bangun bersiap ke tempat kerja, saya sudah SMS bos, tak mahu kerja.

Dulu saya tak percaya sifat semasa kita mengndung itu dibawa oleh anak kecil. Atau sebenarnya sifat yang kita tunjukkan itu adalah sebenarnya sifat si anak kecil. Sebabnya, Azyana sememangnya seorang yang senang menangis. Lebih cengngeng dari adik-adiknya.

Dengan Azzalea pula, saya lebih lasak. Pada 2007, saya telah berjaya menepatkan diri di dalam perkhidmatan kerajaan. Ketika itu saya baru sahaja disahkan hamil. Penempatan pertama saya di dalam perkhidmatan kerajaan adalah di Hospital Melaka. Dengan keadaan En Suami yang tidak boleh bertukar tempat bertugas, saya di Melaka sendirian. Azyana dan ayahnya menetap di rumah ibubapa saya. Walaupun dalam keadaan sendirian di tempat orang, patutnya saya akan lebih sedih bukan? Tidak, saya sangat gembira dengan keadaan ini. Tiada apa yang membuatkan saya menjadi terlalu sedih. Hanya apabila waktu malamlah yang menjadi sedikit sayu, dan apabila saya sendirian di bulan puasa. Haaah… masa tu baru ada feeling sket!

Setiap minggu sejak bertugas di Melaka, saya akan pulang ke Kuala Lumpur. Saya pula dibenarkan pulang lebih awal pada hari Jumaat supaya saya dapat sampai awal di Kuala Lumpur. Terim kasih buat mereka yang sangat membantu saya sepanjang saya bertugas di sana. Bayangkan perjalanan seorang ibu mengandung selama 2 jam dari Melaka ke Kuala Lumpur. Apabila kandungan mencecah 5 bulan, perjalanan 2 jam itu sangatlah memenatkan. Saya akan berehat sebentar di R&R sekiranya saya terlalu mengantuk.

Pada Disember 2007, saya telah memulakan tugasan di Hospital Serdang. Saya masih lagi lasak dan tidak reti duduk diam, tangan asyik mengemas aja. Asal masuk pantry, mengemas. Duduk dalam bilik pun, mengemas. Terlebih rajin kata orang.

Bagaimana sifat Azzalea sekarang? Fuuuh… hampir-hampir sama dengan sifat saya ketika mengandungkan dia. Sangat lasak, bising, tak reti duduk diam. Cuma sifat suka mengemas tu aje belum nampak. Tapi dia jenis kalau disuruh, buat aja. Tambah sekali dengan bebelan dari mulut kecil tu. Tangan dan mulut seiring! hahahaha…

Ok, nak sambung ke pasal Azrie? Pengalaman mengandungkan si teruna ini pun berbeza. Saya lebih malas! hahahah… Kasihan si ayah. Kata orang faktor usia dan disebabkan ini kandungan ketiga, jadi sedikit sebanyak ia memberi kesan. Yelah, perlu menjaga kakak-kakanya, uruskan hal rumah. Tapi syukur, En Suami banyak membantu. Terlalu banyak! Disebabkan sudah ada pengalaman sebelum ini, saya banyak berdoa supaya si kecil tidak terikut-ikut dengan sifat kemalasan saya!

Itu baru tiga anak, nanti tunggulah kalau saya mengandung lagi. Bagaimana pula keadaannya. Hahaha…  Sebenarnya ada beberapa persamaan semasa mengandungkan ketiga-tiga anak ini. Sepanjang kehamilan, saya tidak banyak masalah. Hanya pening-pening aja. Kemudian, saya suka minum air berkarbonat.

Jadi, ibu-ibu tak perlu susah hati ya. Jangan pula rasa pengalaman pertama itu menakutkan, anda tidak mahu hamil lagi. Sampai jumpa lagi!

Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA? 
Sila hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus) 
Shaklee Independent Distributor ID : 818055 
SMS/WhatsApp : 019-2712601 
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *