Pengambilan Nutrien yang Teratur untuk Kulit yang lebih SIHAT, CERAH dan MUDA

Salam

Artikel dipetik dari SHAKLEE TODAY (Vol 5/20101)

Kulit merupakan pengukur terbaik untuk keseluruhan kesihatan seseorang. Semua masalah kulit sama ada psoriasis, berjerawat hinggalah penuaan merupakan pengukur bagi keperluan dalaman tubuh termasuklah keperluan nutriennya. Pendekatan dan penemuan saintifik terbaru mendapati kaitan rapat antara pemakanan dengan kulit, dan kesan nutrien tertentu bagi melindungi kulit daripada penuaan, kusam dan menyokong kesihatan kulit.
Kaitan antara Vitamin C dan Kolagen
Sinaran matahari, tekanan, asap dan pencemaran menghasilkan radikal bebas yang amat berbahaya. Radikal bebas memusnahkan kolagen, iaitu fiber yang menyokong keanjalan, tekstur dan ketahanan kulit serta menyebabkan kedutan dan tanda penuaan yang lain. Vitamin C amat penting bagi proses sintesis kolagen dan aktiviti antioksida yang kuat berpotensi membantu mengurangkan kerosakan yang berpunca daripada radikal bebas. Berdasarkan data yang dikeluarkan di American Journal of Clinical Nutrition dan yang diambil daripada National Health dan Nutrition Examination Survey (NHANES), wanita yang mengambil diet vitamin C yang tinggi kurang memperolehi kedutan pada wajahnya.
Karotenoid untuk Perlindungan UV dan Penghidratan Kulit
Karotenoid biasanya terdiri daripada pigmen merah dan kuning tumbuh-tumbuhan termasuk beta karotena, karotena alfa, lutein, xeaxanthin dan likopena. Karotenoid penting untuk perlindungan cahaya UV, penyenggaraan dan pembaikan tisu kulit. Kekurangannya boleh mengakibatkan kulit kering dan bersisik. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition pada 2003, para penyelidik mendapati sama ada beta karotena atau suplemen karotenoid campuran mampu mengurangkan sinaran UV yang menggalakkan kemerahan kulit selepas 12 minggu berbanding plasebo. Dalam penyelidikan lain, para penyelidik mendapati suplemen oral lutein dapat mengurangkan dihidrasi kulit sebanyak 38%, meningkatkan keanjalan kulit sebanyak 8% dan mengurangkan oksidasi lipid sebanyak 55% jika dibandingkan dengan satu plasebo selepas 12 minggu.
Vitamin E dan Anti Radang
Vitamin E boleh membantu memulihkan kulit dengan cepat akibat selaran matahari. Ianya amat penting sejak diketahui pendedahan kepada matahari menjadi punca utama kedutan. Hasil penyedlidikan menemui Vitamin  E paling berkesan dalam memulihkan kulit daripada sinaran matahari jika diambil bersama Vitamin C. Selain itu, Vitamin E juga boleh mencegah daripada keradangan yang menyebabkan kemerahan pada kulit.
Resveratrol dan Penuaan Kulit yang Sihat
Resveratrol dikenali sebagai sebatian anti penuaan yang paling kuat yang terdapat dalam wain merah. Ia merupakan antioksidan kuat yang membantu dalam melindungi kerosakan kulit daripada radikal bebas, memperbaiki peredaran darah, melembapkan kulit dan menghapiuskan noda-noda dengan berkesan. Selain kesihatan kulit, resveratrol juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan yang lain.
Tip-tip kesihatan untuk kulit yang sihat
  • Ambil diet yang seimbang
  • Pastikan mendapat kandungan Vitamin C, karotenoid, Vitamin Adan resveratrol yang mencukupi dengan memakan makana yang kaya dengan kandungan nutrien tersebut serta mengambil suplemen antioksida, karatenoid dan resveratrol yang berkualiti
  • Minum air yang banyak dan berterusan
  • Memakai losyen pelindung sinaran matahari
  • Bersenam secara teratur

Suplemen yang dicadangkan untuk Penjagaan Kulit dari dalaman ke luaran

  • Caratomax
  • Vita E Complex
  • Sustained Release Vita-C
  • Vivix

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *