Kesihatan bermula dari rumah

Penyusuan : Kadangkala ia tidak semudah yang disangka

Assalamualaikum wbt

Ramai yang berfikiran saya tiada masalah dalam menyusukan si kecil. Kata mereka, saya sudah menjadi Peer Councelor. Adoi mak! Saya juga manusia biasa. Saya menuntut ilmu bagi membolehkan saya berkongsi dengan ibu-ibu yang lain. Saya juga mempunyai masalah ketika menyusukan si kecil. Dan saya menggunakan pengalaman itu, juga untuk membantu ibu-ibu.

Apakah sebenarnya masalah yang saya hadapi semasa menyusukan Azrie (Alhamdulillah, semasa menyusukan Azzalea dulu, saya tidak mempunyai sebarang masalah!) Saya merupakan seorang pesakit psoriasis. Selepas melahirkan Azrie, psoriasis saya telah melarat ke seluruh badan. Bahagian yang paling saya takuti ia akan berada ialah di payudara! Sudah tentu saya sangat khuatir dan risau. Saya mahu menyusukan Azrie. Sekiranya ia berada di payudara, bagaimana nanti saya dapat menyusukan si kecil?

Ya, ia berada jua di bahagian yang paling merisaukan itu. Keadaan payudara yang tidak cantik, kering dan kusam. Bila ia kering, kulit itu boleh dikopek. Bila dikopek ia akan berdarah. Yang paling menyakitkan ialah luka pada bahagian puting menyerupai ‘cracked nipple’. Buat ibu-ibu yang pernah mengalami ‘cracked nipple’ pasti mengetahui kesakitan yang saya alami. Selama satu hingga dua bulan kelahiran Azrie, saya hanya menahan sakit bila menyusukan. Saya sangat tertekan. Ini kerana saya tahu bahawameletakkan diri pada keadaan STRESS akan hanya menyebabkan gangguan kepada pengeluaran susu. 

Jadi saya berbincang dengan Puan Kamariah, bagaimana saya dapat mengatasi keadaan ini. Jadi, Puan Kamariah telah mencadangkan saya untuk menggunakan ‘milk collector’, dan Puan Kamariah telah meminjam ‘milk collector’ kepunyaan SusuIbu.com (dan saya masih lagi belum memulangkannya!) 

Dengan menggunakan ‘milk collector’, keadaan payudara saya akan sentiasa lembap (selain dari menggunakan losyen!) Sekiranya keadaan kulit payudara kering, itu yang akan membuatkania luka dan berdarah. Dan kesakitan yang ditanggung hanya Allah sahaja yang tahu!

Psoriasis merupakan penyakit auto-imun. Dalam keadaan diri yang masih separuh segar selepas melahirkan, badan saya memerlukan bantuan dari dalam. Oleh kerana itu, saya telah mengamalkan pengambilan Nutriferon pada setiap hari.

Nutriferon merupakan immune booster. Ia sangat berguna buat orang yang kerap mengalami masalah kesihatan. Buat mereka yang jarang-jarang sakit, hanya ambil apabila diperlukan. Dan  di saat ini, saya sangat memerlukan ia. Saya mengambilnya setiap hari sehingga ke hari ini. Selain daripada Nutrifeon, saya akan memastikan diri saya untuk mengambil Vitamin C dan Bcomplex setiap hari. Alhamdulillah. Dengan pengambilan setiap hari tanpa henti, saya tidak menyangka dapat juga menyusukan Azrie sehingga ke hari ini. Alhamdulillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *