Kesihatan bermula dari rumah

Perah susu : Bila nak mula?

Posted by on Nov 24, 2010 in Alfalfa, B-Complex, ESP, Set B, Set C, Vita-Lea, Vitamin C, Zinc | 8 comments

Salam…

Alhamdulillah. Si kecik dah berusia 14 hari. Saya sedang menikmati waktu2 menyusu dengan Azrie. Saya masih belum lagi dapat waktu menyusu dia. Ada masa, dalam dua jam. Ada masa setengah jam. Saya hanya ikut sahaja demand si kecik. Cuma cabarannya, bila ada org tua di rumah, telinga kita kena tahan sket la ye.
Bagi org2 tua, bayi kecil hanya tahu menyusu dan tidur. Menyusu kena kenyang. Lepas menyusu kena tidur. Kalau tak tidur, maksudnya minum tak kenyang! Jadi, saya senang untuk mendengar. Dengarkan aja. Jangan dibalah. heheheh
Ok, dah 14 hari. Perlu ke nak buat jadual untuk sesi perah memerah dan kumpul stok? Saya lebih senang untuk biarkan kalian ikut kata hati. Sehingga ke hari ini, saya belum lagi perah untuk tujuan mengumpul stok. Saya hanya perah atas sebab untuk kosongkan payudara supaya payudara tidak terlalu bengkak. Sebab kalau dah bengkak, mmg payah nanti untuk saya.

Lagi pula, saya masih belum dapat jadual minum Azrie. Waktu minumnya pelbagai. Masa dengan Azzalea dulu pun begini. Saya perah sbb nak kosongkan payudara dan tidak biarkan payudara terlalu bengkak. Apabila saya dah dapat faham bila waktu minum, baru saya buat jadual sesi memerah untuk kumpul stok.
Sebenarnya susu untuk Azrie sangat melimpah ruah. Payudara saya terlalu bengkak sampai saya tak boleh nak usik. Jadi sakit pula. Dalam berpantang ni, saya memang tak ambil jamu. Mak mertua saya ada sediakan, tapi tekak saya tak mampu nak telan. Ada satu lagi minuman yg dia buat, saya minum dua kali tapi rasanya dah ada bagi kesan kat saya. Badan saya rasa gatal merenyam aja. Hari ni tak nak minum. Takut nanti menggatal lagi badanku..huhuu…
Saya ambil VitaLea, Vitamin C, B Complex, Zinc, Alfalfa dan ESP semasa berpantang ni. Set B + Set C + ESP! haha.. Saya suka. Tapi dek sbbkan saya sgt2 suka dgn ESP, payudara saya akan kembang penuh dari yang biasa. Jadi nak mengelakkan rasa terlalu penuh (kang sakit, susah ooo), saya hanya minum sekali atau dua sahaja sehari. Masa2 menyusu ni saya akan minum 3-5 kali sehari. iiishh…mmg banyak. Sbb saya sgt2 suka ESP.. nak buat camne.
Kesimpulannya, anda yg tahu bila waktunya anda nak mula untuk mengepam dan mengumpul stok sebelum anda kembali bekerja. Sbb anda yg faham diri anda, bayi anda dan payudara anda! Selamat menyusu dan mengepam!!

8 Comments

Join the conversation and post a comment.

  1. Arissa Zoela

    mintak izin share yer 🙂

  2. Cik Yut

    Sila2..takde masalah..

  3. lydzar

    tumpang komen kt sini..suka tengok experience mama-mama yg murah rezeki susu ni..harap2 saya nnt macam ni jugak lah..

  4. fizanur

    salam kenal. cik yut ngan ibu az org yg sama rupanya. hehe.

  5. fizanur

    tahniah ye dpt baby.

  6. Cik Yut

    A'aah

    Cik Yut tu saya. IbuAZ pun saya. Nama anak2 semua mula dgn AZ >_<

  7. cik nia

    seronok kan bila tgk botol2 tu penuh ke bottleneck.. 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *