Kesihatan bermula dari rumah

Perbezaan Obimin dan VitaLea

Posted by on Dec 28, 2011 in Hamil, Sintetik, Vita-Lea | 0 comments

Salam.

Sepanjang 3 kehamilan saya, alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang alahan teruk dan sebarang masalah berkaitan seperti bacaan Hb yang turun naik. Sudah tentu saya tidak mempunyai pengalaman seperti ini. Lagi pula, saya telah mengamalkan pemakanan supplemen Shaklee sejak 2008 (selepas kelahiran Azzalea) dan sehingga hamil pada 2010 dan masih lagi setia kepada Shaklee.
Kemudian, apabila saya cuba mencadangkan VitaLea (menggunakan pengalaman rakan-rakan yang mempunyai masalah bacaan Hb yang rendah), ramai pula yang mengalami kesukaran untuk tidak mahu mengambil vitamin lain atas alasan sudah mempunyai vitamin yang diberi oleh doktor.
Saya kongsi hasil tulisan Arnie untuk tatapan para pembaca di Sihat2u.

Perbezaan yang paling ketara ialah semestinya kebanyakan Obimin untuk ibu hamil yang berada di pasaran adalah vitamin sintetik!
Dari jauh dah boleh nampak silica gel nya.
Manakala Vita-Lea Iron Formula (MultiVitamin dan MultiMineral) ialah vitamin semulajadi, yang lebih baik dan berkualiti untuk badan, dan pastinya tidak perlukan silica gel untuk memelihara keasliannya!

*Vitamin Shaklee pertama yang dihasilkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee*
Ada beza ker vitamin sintetik dan semulajadi?
Pastilah ada. Seperti susu ibu dan susu formula, walau apa jua teknologi terkini yang cuba di aplikasikan untuk menambahbaikkan kualiti sesuatu susu formula tersebut, pastinya tidak sesekali akan dapat melawan kualiti ulung susu ibu!
Jadi, apakah bezanya vitamin sintetik dan vitamin semulajadi ini?

Kerapkali saya diajukan soalan oleh ibu hamil, 

“Saya dah ada Obimin nie, tapi Hb saya low laaa, boleh ker makan Obimin sekali dengan Shaklee Vita-Lea? Sayang laa nak buang…”

Pertama sekali wahai ibu-ibu, info yang anda wajib tahu ialah, Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah sejenis MultiVitamin & MultiMineral yang mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian. Jadi, sekiranya anda memilih untuk mengambil Vita-Lea sepanjang kehamilan, tak perlulah untuk ambil Obimin lagi (dan vice versa), kerana Obimin juga sejenis multivitamin.
Dikhuatiri overdose pula!
Keduanya, tips penting wahai Mama, setiapkali anda menerima apa jua suplemen yang diberikan oleh doktor anda, amalkanlah untuk membaca label pada botol vitamin tersebut. Cuba anda bandingkan unit vitamin-vitamin pada setiap tablet multivitamin itu dengan unit RDA (Recommended Dietary Allowance) yang dicadangkan untuk ibu mengandung.
Biasanya ramai yang rujuk dengan US RDA (U.S. recommended daily allowance). Contohnya, laman americanpregnancy.org ini.
Ketiga, sebaik-baiknya pilihlah multivitamin yang semulajadi, kerana multivitamin ini bukan sahaja untuk ibu, malah untuk bayi di dalam kandungan juga. Vitamin semulajadi lebih selamat, dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.
Kelebihan memilih Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah, sebagai vitamin semulajadi, ianya tiada pewarna, perisa, mahupun pengawet tambahan. Vitamin asli nie bila kita genggam selama beberapa minit, ia takkan melekit dan meninggalkan warna di tangan kita. Cubalah!
Saya memilih untuk menggunakan produk Shaklee sepenuhnya untuk kandungan ketiga ini, dan saya juga telah maklumkannya kepada gynae. Beliau menghormati keputusan saya, dan telah mark “Supplement: Own-Shaklee” di dalam rekod pregnancy saya. Maka, dengan rasminya saya tidak dibekalkan sebarang suplemen (baik Obimin, mahupun Neurogain) dari gynae untuk sepanjang kehamilan ini.
Samoga ianya keputusan yang terbaik, Insya Allah.
Walaubagaimanapun, jika anda masih ragu-ragu untuk memilih multivitamin yang mana, saya amat menggalakkan anda untuk mendapatkan konsultasi sewajarnya daripada gynae anda, ya.
Terima kasih Sis Arnie di atas pencerahan ini. Semoga ibu-ibu lain turut mendapatkan hasilnya. Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui emel ibuaz.shoppe@gmail.com atau melalui SMS/WhatsApp 019-2712601.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *