Kesihatan bermula dari rumah

Pergi Induksi, apa persiapan saya?

Salam
Saya perlu menghadiri kursus induksi utk kali ke2. Bukan sbb saya gagal. Tapi disebabkan oleh masalah teknikal. Malaslah nak cerita. Buat sakit hati. Bagi yang follow blog saya ni (ramai ke??), mesti tahu saya punya anak kecil. Si Kenit Azrie (skrg sudah jadi Si Botak!) akan berusia 4 bulan apabila saya pergi berkursus nanti.
Ada teman2 dah telefon saya, bertanya samaada saya akan bawa si kecil atau tidak. ooh… Kali ni saya mmg tak nak pening-pening kepala pikir. Dengan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, saya tidak mahu menambahkan bebanan/stress kepada badan saya. Ini akan boleh menyebabkan kepada penurunan pengeluaran susu.
Tapi apa yang boleh saya lakukan ialah dengan menambah sesi mengepam saya untuk menambahkan pengeluaran susu. Selain daripada itu, saya terus mengambil suplemen bagi membantu saya dalam menjayakan operasi ini, terutamanya B-complex (bagi membantu mengawal keseimbangan hormon seterusnya menenangkan diri saya) dan Alfalfa (sebagai milk booster utk menambah pengeluaran susu). Walaubagaimanapun, saya mmg tidak risau mengenai stok susu, kerana stok yg sedia ada mmg sudah cukup banyak. Lagi pula saya mmg tidak mahu simpan stok yg ada tu lama2. Dah hampir tamat tempoh pun!
Tidakkah saya risau untuk meninggalkan si kecil? Hati ibu mana yg tidak risau. Azrie belum pernah berenggang waktu malamnya dengan saya. Ini adalah kali pertama. Saya pujuk hati. Saya yakin Azrie faham dan tidak akan banyak ragam nanti. Saya sudah mula memberi pesanan dan memberitahu Azrie mengenai ketiadaan saya nanti. Saya katakan padanya, “Ibu pergi tidak lama. Hanya 6 hari. Ibu tahu Azrie anak yang baik. Jangan menyusahkan sesiapa pun yg menjaga Azrie nanti.” Harap2 Azrie faham…
Doakan saya tenang bila berkursus nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *