Perintah Kawalan Pergerakan (RMO)

Hari ini ialah hari ke3. Tapi masih ada yang degil, keluar rumah, p bersenam katanya. Adoooila…. Pasaipa degil sangat oi! Aku malas nak terangkan pasal PKP ni.. Tapi aku nak cerita pasal apa korang kena duduk diam dalam rumah.

Mgkn Ada yg masih tak faham, Kenapa perlu duduk di rumah? Kenapa Tak boleh balik kampung?

Jawapannya : Putuskan jaringan penyebaran virus.
Kita tak tahu kita berselisih dengan siapa. Kita tak tahu orang tu bertemu dengan siapa.

Mungkin pada kita TIADA gejala. Tapi kita atau orang tu boleh jadi PEMBAWA. Jadi, bila kita DIAM di rumah. Ahli keluarga kita semua duduk di rumah, kita akan kurangkan penyebaran virus tu.

Apabila semua rakyat Malaysia melakukan perkara yang sama, maka lama kelamaan, jaringan ini akan berhenti.

Sebaliknya akan berlaku, sekiranya kita masih DEGIL, pentingkan diri. Kita tidak akan tahu siapa yang akan terkena, siapa yang akan membawa.

Oleh itu, #stayathome #stopthechain.

#perintahkawalanpergerakan
#covid19
#RMO
#kitajagakita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.