Kesihatan bermula dari rumah

Perkongsian di perhimpunan pagi

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 


Mempunyai seorang bos lelaki dan yang tidak mempunyai anak, tidak menghalang saya untuk bercerita mengenai penyusuan. Bahkan bos saya sangat memberi sokongan. Setiap kali ada event atau kursus berkaitan penyusuan, beliau akan berikan pelepasan (dengan syarat masih cukup Optometris yang tinggal di klinik!). Setakat ini beliau memang tidak mempunyai halangan atau bantahan dalam penglibatan saya di dalam penyusuan.

Awal Mac lalu, Jabatan Oftalmologi menganjurkan perhimpunan bulanan (setiap jabatan di HSDG akan anjurkan, ikut giliran masing-masing). Dan kebiasaannya, Ketua Jabatan yang akan menyampaikan renungan pagi. Kali ni bos nak buat kelainan. Jadi, dia minta saya ambil slot tu! Adoooi… saya dah cuak. Saya nak cakap pasal apa ni kan?? Jadi, saya dah siapkan power point dan tunjuk pada bos. Tapi bos tak approved. Dia kata tajuknya dah biasa sangat. Alaaaa…. bikin aku stress tau bos ni! Langsung dia beri cadangan.

Kan Yusrina selalu bercakap menegnai penyusuan, apa kata cerita pasal ini. Mengenai penyusuan di kalangan wargakerja HSDG.
Waaaaah…. cadangan terbaik dari bos!, saya menjerit di dalam hati. keskeskes

Jadi, saya siapkan teks ucapan. Kahkahkahkahakah….

Apalah kena siapkan teks? Yelah, kena bagi bos baca dulu sebelum baca di pentas. Teks siap, dia baca, dia komen, saya edit dan buat rehearsel. Kami rehearse dua kali, tapi saya ckp kat bos, saya boleh rehearse sekali je. kalau banyak kali, nanti cerita saya berubah-ubah. hahahaha… Bos sengih aje..

Hari kejadian…



Semasa slot saya…



Dan tajuk ucapan saya…




Jangan ditanya sama ada saya gemuruh atau tidak. Saya juga manusia. Cuma pagi itu saya tak telan Bcomplex untuk hilangkan perasaan gemuruh, sebab saya tak mampu nak breakfast! heeeee Alhamdulillah. Bos takhabis-habis nak puji. Saja lah tu kan, nak buat saya gembira. Sebabnya ada pihak yang tidak berpuashati pula lihat saya naik pentas dan bercerita mengenai penyusuan ini. Takpe, saya bersimpati dengan insan itu. 


Oklah, sebarang pertanyaan dan konsultansi mengenai produk dan penyusuan boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *