Kesihatan bermula dari rumah

Pesakit Diabetes – Luka berdarah!

Setiap pagi, dalam perjalanan ke tempat kerja saya akan mendengar siaran KLFM. Setiap hari, jam 7.45am akan ada segmen yg berbeza-beza. Isnin, Motivasi bersama Dato Fadzilah Kamsah. Selasa, Perniagaan melalui Internet bersama IK. Rabu, Kewangan Anda bersama Hajah Rohani. Khamis pula mengenai Kesihatan dan Jumaat pula dah tentu mengenai hal2 berkaitan Islam >_<. 
Walaupun tiap2 minggu dengar, tapi saya masih belum dapat nama Doktor tu!! HEEEE Melampau betulkan.. Tapi apa yg penting ialah pengisian yg diberikan oleh doktor berkenaan. Terima kasih banyak ye Doc!!
Topik hari ini ialah mengenai penyakit diabetes. Kata Doc, penyakit diabetes sememangnya sukar utk sembuh sekiranya pesakit tidak mahu mengawal pemakanan. Kalau minggu lepas, Doc minta supaya semua pesakit diabetes menjaga setiap langkah. Penyakit diabetes telah menyebabkan tahap sensitiviti pada kaki menurun. Pesakit diabetes tidak akan merasa sakit pada kaki sekiranya mereka terpijak jarum atau paku. Luka pada kaki pesakit diabetes akan cepat merebak sekiranya ia tidak dirawat dengan segera..kadar yg sangat segera!!
Luka yg semakin teruk ialah keadaannya bernanah dan berbau busuk. Luka yg nak membaik pula, kata Doc, dagingnya berwarna kemerahan dan ada darah yang mengalir. Daging yang baik, akan mempunyai salur darah yg baik. Oleh itu, jangan risau kalau anda seorang pesakit diabetes yang sedang menjalani pemulihan luka, kalau anda melihat luka anda tadi ada sedikit darah yg keluar darinya.Hanya lakukan aktiviti seperti biasa. InsyaAllah, luka yg ada tadi dan darah yang keluar itu akan hilang!


Antara yang berkaitan :
Testimoni 1 : Luka Abah dah sembuh! Alhamdulillah!
Testimoni 2 : Testimoni mengenai pesakit diabetes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *