Kesihatan bermula dari rumah

Petua Jagaan Si Manja

Anda mempunyai anak yang berusia 10-11 bulan? Pastinya si kecil anda sudah mempunyai banyak gigi. Mungkin ada juga yang baru tumbuh. Hari ni saya ingin berkongsi dengan anda mengenai petua penjagaan untuk si manja.




Untuk gigi dan gusi yang sihat

Menjaga gigi si manja sejak awal dapat membantunya mempunyai gigi yang kuat, sihat dan tersusun apabila dewasa nanti. Dengan gigi yang terbentuk cantik dan kuat, si manja akan makan dengan lebih baik, fasih dalam pertuturan dan juga mempunyai senyuman yang cantik.

Jadi, elakkan berlaku kerosakan gigi semasa dari bayi ye!

Kerosakan gigi senang berlaku apabila si kecil diberi cecair manis seperti susu, makanan bayi atau jus buah-buahan dan kemudian sisanya melekat pada gigi untukjangka masa yang lama, atau pun si kecil dibiarkan tidur sambil menghisap botol susunya.

Berikut adalah cara-cara untuk mendapatkan gigi dan gusi yang sihat :
  • Urut dan lap gusi si kecil dengan secebis kain kasa atau tuala lembut setiap kali selepas dia makan
  • Mula beruskan giginya sebaik sahaja ia tumbuh
  • Disyorkan untuk menggunakan flos apabila semua gigi si kecil sudah tumbuh
  • Berjumpa dengan doktor gigi apabila si manja sudah berumur satu tahun dan sekiranya dia mempunyai masalah gigi, bawa dia secepatnya




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *