Pilihan saya : sanitary pad, cloth pad & menstrual cup?

Sejak aku berjinak-jinak dengan kehidupan yang lebih hijau dan lestari, aku sentiasa berfikir bagaimana lagi TINDAKAN aku yang mampu untuk membantu menghijaukan bumi. Apakah yang aku boleh lakukan?

Sememangnya aku belum lagi TOTAL bertukar hijau. Tapi setiap hari, aku cuba pastikan tindakan aku adalah ke arah itu. Bukan MUDAH untuk mengubah gaya kehidupan kita yang sudah biasa dengan teknologi. Namun begitu, aku sedaya upaya untuk berusaha memastikan yang setiap hari, ada satu tindakan dilakukan.

Bermula dengan cloth diaper pada 2008, aku beransur untuk mengubah apa yang boleh. Bila nak cuba jadi GREEN people ni, kau tak boleh buat sendirian. Kau kena educate suami, educate anak-anak. Adakah diorg boleh follow kau secara total dan ubah diri mereka, ubah tabiat mereka? Untuk anak-anak, mungkin mudah. Tapi untuk partner, kau kena educate sokmo dan tak mengharapkan outcome nya.. hihihihi

Menstrual pad (yang kebanyakan orang guna)

Jadinya, dalam 2010 macam tu, baru aku bercadang untuk ubah penggunaan sanitary pad ke cloth pad. Jadinya, kalau tengok kepada koleksi cloth pad yang ada, semuanya dah berusia 10 tahun. Ada yang perlu diganti sebab kainnya dah mereput.

Cloth pad (bukan koleksi aku)

Disebabkan ada yang perlu diganti, maka aku berfikir untuk upgrade. Dari cloth pad ke menstrual cup. Mulanya aku agak cuak. Susah tak nak masuk eh? Bocor ke tak nanti? Senang tak nak keluarkan? Alhamdulillah. Sepanjang 7 hari aku menggunakan menstrual cup (pertama kali guna), hanya sekali aje ada terbabas bocor, tapi kebocoran tu tak banyak. Macam staining aje. Mungkin sebab baru pakai, jadi kedudukan menstrual cup tidak betul.

Nanti aku akan kongsi keburukan sanitary pad (hampir sama dengan keburukan penggunaan disposable diaper!), kebaikan penggunaan cloth pad, dan kenapa aku pilih menstrual cup.

Sampai jumpa lagi!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.