Kesihatan bermula dari rumah

Prinsip Asas Penyusuan

Posted by on Nov 7, 2017 in Breastfeeding | 0 comments

Prinsip Asas Penyusuan

Apabila melakukan home visit, kebiasaanya saya akan memeriksa perkara asas dalam penyusuan. Ini kerana, apabila perkara asas ini dilakukan dengan betul, InsyaAllah, proses penyusuan akan berlangsung dengan baik.

 

Ada juga, pada masa-masa tertentu, perkara asas ini dilakukan dengan baik oleh si ibu dan anak. Tetapi masih terdapat masalah pada penyusuan. Dan apabila ini berlaku, saya akan melihat kepada faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada masalah penyusuan tadi.

 

So, apakah PERKARA ASAS dalam  penyusuan ni?

 

Keselesaan ibu

Sangat penting seorang ibu yang mahu menyusukan untuk berasa selesa terlebih dahulu. Antara cara untuk berasa selesa ialah dengan memastikan tempat duduk si ibu, atau tempat baringnya. Bukanlah nak kena fancy sangat atau terlalu empuk sangat kerusi tu. Selesa ni subjektif. Yang penting ibu tu tak rasa penat semasa menyusukan si kecil.

 

Keselesaan bayi

Tadi si ibu, sekarang si anak pula perlu selesa. Bayi ni senang nak meragam, menangis kan… Jadinya kena bagi dia selesa lah dulu. Kalau dia panas, mungkin kena buka bajunya dulu atau pasangkan kipas ke. Kalau dia sejuk, mungkin kena bedung dia dulu. Tengok pada keadaan tulah. Yang penting bayi tu selesa.

 

Kedudukan (position)

Ok, bila si ibu dah selesa. Bayi dah selesa. Barulah kita posisikan bayi pada ibu. Keadaan pertama dan paling penting ialah kedudukan ibu dan bayi itu bertemu di perut. Maksudnya, si kecil tu bukan terlentang dalam pangkuan ibu. Tapi badannya menghadap badan ibu.

Kemudian, kepala bayi tidak ‘lock’ di siku ibu. Kalau ‘lock’, payah si kecil nak adjust kepalanya. Tangan si kecil pula tidak terkepit di antara badannya dan badan ibu. Ini boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada si kecil.

 

Pelekapan (latching)

Selesai meletakkan bayi pada kedudukan yang betul, maka ini proses akhir untuk menjayakan penyusuan. Pelekapan yang baik dapat mengelakkan kesakitan pada si ibu seperti nipple crack, atau nipple sore.

.

.

Apabila keempat-empat perkara ini diyakini telah dibaiki dan dilakukan dengan baik, barulah saya akan melihat kepada faktor-faktor yang lain seperti keadaan persekitaran, sokongan dari suami, emak dan emak mentua.

.

.

Emosi si ibu sangat penting. Keadaan akan semakin sukar sekiranya si ibu tidak berada di dalam emosi yang stabil. Emosi si kecil pula sebenarnya banyak bergantung kepada emosi si ibu. Lebih gelisah dan resah si ibu, makin kuat la tangisan si kecil. Ini dapat saya lihat setelah beberapa lama menjalankan home visit penyusuan.

.

.

Ada sebarang masalah tentang penyusuan? Boleh hubungi saya di talian 019-271 2601.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *