Kesihatan bermula dari rumah

Produk pertama saya! ESP, I love it!

Posted by on Oct 9, 2011 in Breastfeeding, ESP | 2 comments

Sebenarnya dari siang tadi saya nak menulis mengenai pengalaman saya ni. Tapi dek sebabkan kesibukan menguruskan rumah dan anak-anak, saya langsung tidak berkesempatan untuk mengusik laptop! heee Hati saya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk berkongsi cerita ini dengan Tuan Puan. Terbakar saya bila melihat laptop menganga….

Begini ceritanya…

Saya mengenali Shaklee sejak tahun 2008. Tak salah, masa itu saya sedang berpantang. Azzalea dah berumur satu bulan lebih rasanya. Kak N, ingat tak bila akak datang rumah saya? heehehe… Bagaimana ye saya boleh mencari Shaklee? Saya pun dah lupa. Rasanya sebab saya mahu berpantang cara lain selain jamu. 

Yang pasti, masa tu Kak N datang sendiri ke rumah menghantar suplemen saya. Cerita punya cerita, borak punya borak, lama jugaklah Kak N dan ibubapa mertuanya di rumah. Lepas satu juadah, satu juadah lagi keluar. 




Selepas Kak N pulang, saya terus bancuh ESP dalam mug bersama dengan minuman kegemaran saya. Selepas 15 minit, Subhanallah! Baju saya terus basah! Susu menitik-nitik. Baju yang saya pakai kuyup! Saya dah kelam kabut. Sebabnya Azzalea dah menyusu masa tu. Nak tak nak saya perlu perah. Selepas itu, setiap kali mahu menyusukan Azzalea, saya perlu perah susu terlebih dahulu. Kalau tidak, Azzalea akan tersedak. Susu saya dah over supply!

Dan sejak itu, saya memang tak boleh tinggalkan ESP. Yang pasti, antara kelebihan lain, saya berasa kurang penat. Kulit wajah saya bersih (sila abaikan keadaan saya yang mempunyai psoriasis!). Muka saya lebih berseri selepas melahirkan Azrie (ni selepas sudah consume ESP selama 2 tahun!) Boleh dikatakan saya sudah ketagih dengan ESP. Jangan risau, ESP tidak memabukkan..heheeee….



Apa kebaikan ESP @ Energizing Soy Protein?

Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.


Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.



Apa yang berlaku bila kurang protein?

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

`

Boleh email kepada saya di ibuaz.shoppe@gmail.com atau SMS kepada saya 019-2712601 untuk konsultasi percuma.

2 Comments

Join the conversation and post a comment.

  1. anis alina

    Kawan kak anis ada bgtau shaklee ada produk yg boleh tmbhkn susu,ini ke?setakat ni cukup lg la utk anak akak yg br 3 bulan ni.hehe.sebotol berapa?

  2. Cik Yus

    Ini antaranya.
    Ada beberapa lagi yg perlu diambil.

    Prinsip dalam penyusuan tetap perlu dibuat untuk menambah pengeluaran susu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *