Kesihatan bermula dari rumah

Psoriasis dalam hidup saya

Posted by on Jan 3, 2015 in Jurnal Psoriasis | 0 comments

Alhamdulillah.


Semakin ramai yang bertanya dengan saya mengenai PSORIASIS. Saya sering menulis mengenai psoriasis kerana saya adalah pesakit psoriasis. Maka saya rasa, wajar untuk saya berkongsi dengan para pembaca, bagaimana saya ‘deal’ dengan psoriasis pada setiap hari, terutamanya dalam proses kehamilan, dan juga proses penyusuan.


Ada ketika, ada yang bertanya mengenai pengalaman saya ketika bersama suami. Ok, jangan salah faham ye. Mereka bukan bertanya mengenai cerita dalam selimut ya. Mereka mahu tahu bagaimana saya menghadapinya. Adakah hubungan suami isteri terjejas dengan adanya psoriasis ni? Boleh ke mengandung apabila ada psoriasis? Macam-macam soalan.


Perbezaan antara kulit normal dan psoriasis


Ada juga yang approach saya dengan produk mereka. Untuk bantu sembuhkan psoriasis saya. Dan seperti biasa, saya akan menolak. InsyaAllah, saya kenal dengan sifat psoriasis pada badan saya. Secara umumnya, psoriasis tidak akan sembuh 100%. Apabila kita mengambil sesuatu produk dan ia hilang dengan cepat, PERCAYALAH, produk itu hanya menenggelamkan karekter psoriasis itu (suppressed). Tetapi apabila produk itu tidak mampu lagi berkesan, psoriasis akan keluar dengan lebih ganas lagi!


Bagaimana pula dengan ubatan?
Dari pembacaan saya, kebanyakan ubat memberi kesan jangka masa yang panjang. Ada yang boleh menyebabkan gangguan kepada buah pinggang. Ada yang akan menyebabkan gangguan kepada proses kehamilan. Atas faktor itu, saya berhenti menggunakan sebarang ubat dan berjumpa doktor.


Namun begitu, saya galakkan pesakit psoriasis untuk berjumpa doktor dahulu dan mendapatkan pandangan mereka mengenai tahap psoriasis yang sedang mereka alami. Selepas itu barulah membuat keputusan bagaimana untuk merawat sendiri psoriasis itu. Perkara yang paling PENTING yang perlu setiap pesakit psoriasis tahu ialah, bagaimana attack psoriasis mereka. Setiap orang, cara attacknya tidak sama.


Enjoy LIFE and be HAPPY!



Adakah anda ingin mencuba produk Shaklee?


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *