Sekiranya anda telah bersama saya dari awal, pasti anda mengetahui bahawa saya adalah pesakit psoriasis. Namun saya tidak pernah berkongsi dengan kalian bagaimana saya menghadapi psoriasis saya semasa hamil. Semasa mengandungkan Azyana dan Azzalea, psoriasis saya tidak begitu teruk. Hanya pada ketika mengandungkan Azrie, keadaan agak teruk. Namun, Alhamdulillah, keadaan dapat diatasi.
Keadaan adalah berbeza untuk setiap pesakit. Ada kemungkinan seorang pesakit psoriasis yang hamil akan mengalami keadaan yang paling teruk. Ada juga yang tidak mengalami banyak perubahan. Ia banyak bergantung kepada sistem imuniti badan seseorang dan bagaimana pesakit itu mengendalikan stress ini?
Bila keadaan kulit seperti di atas, sememangnya pesakit sudah tidak senang duduk. Dengan keadaan hormon yang sudah tunggang langgang disebabkan kehamilannya dan iritasi begini, pesakit boleh mengalami depresi yang teruk.
Antara tips yang boleh dilakukan oleh pesakit psoriasis yang sedang hamil :
1. Banyak minum air
2. Banyakkan pengambilan buah-buahan.
3. Makan makanan yang segar dan baru dimasak.
4. Sentiasa bertenang.
5. ‘Basahkan’ bibir anda dengan zikrullah
6. Sentiasa tersenyum.
7. Elakkan diri dari ke tempat yang sesak dan ramai pengunjung.
8. Dapatkan bantuan dengan cepat sekiranya anda dalam kesusahan.
Macam sama aje kan senarai tip itu. Sebenarnya apa yang penting dalam kehidupan pesakit psoriasis adalah TENANG. Sentiasa bertenang dalam semua keadaan. Sekalipun kehamilan itu sendiri mengganggu ketenangan dari dalam, tetapi apa yang berlaku perlukan kawalan MINDA yang baik. Apabila seorang pesakit psoriasis dapat mengawal emosinya, InsyaAllah, semuanya akan baik-baik sahaja.
Berminat untuk mendapatkannya pada HARGA ISTIMEWA?
Hubungi saya : Yusrina binti Mohamat Hata (Yus)
Shaklee Independent Distributor ID : 818055
SMS/WhatsApp : 019-2712601
Emel : ibuaz.shoppe@gmail.com
Leave a Reply