Kesihatan bermula dari rumah

Psoriasis : Kesuburan & Kehamilan

Psoriasis : Kesuburan & Kehamilan – Ramai pesakit psoriasis menghubuni saya dan bertanya mengenai psoriasis. Ada di antara mereka yang bertanya mengenai kehamilan. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi takut untuk hamil kerana risau akan keadaan psoriasis mereka yang akan menjadi lebih teruk. Ada pula yang risau sekiranya mereka hamil, anak mereka juga akan mendapat psoriasis. 




Jujur saya katakan kepada mereka, apa yang mereka takuti itu merupakan perkara di luar kawalan mereka. Ia adalah perkara yang kita tidak akan tahu sama ada berlaku atau tidak. Doktor sendiri tidak dapat memberitahu dengan tepat, adakah psoriasis akan menjadi teruk semasa kehamilan, atau selepas kelahiran.Dan adakah bayi yang dikandung turut akan mengalami psoriasis sama seperti ibu atau bapa mereka yang mengalaminya.


Merancang untuk hamil

Sekiranya seorang pesakit psoriasis itu sedang mengikuti rawatan, maka dinasihatkan supaya mereka mendapatkan pandangan dari doktor yang merawat mereka terlebih dahulu. Ini kerana berkemungkinan terdapat ubatan yang tidak sesuai yang boleh mengganggu proses kehamilan. Namun begitu, secara umumnya, psoriasis tidak mengganggu sistem reproduktif manusia. Yang menggangu ialah ubat-ubatan.


Adakah psoriasis akan bertambah teruk semasa proses kehamilan?

Ini juga tidak dapat dipastikan. Sama seperti orang yang tidak mengalami psoriasis, perubahan hormon di dalam badan pasti berlaku. Berlaku atau tidak, teruk atau tidak, bergantung kepada penerimaan badan yang sedang mengalami perubahan. Apa yang penting ialah sentiasa cuba untuk bertenang dan berfikiran positif!




——————————————————————————————————-

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

——————————————————————————————————-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *