Psoriasis boleh jadi begitu menyusahkan. Atau tidak menyenangkan. Bergantung kepada apa yang anda fikirkan. Apabila ia sangat menyusahkan, ia memang akan mengganggu banyak perkara. Buat pesakit psoriasis yang sedang hamil dan kemudian bakal menyusukan si kecil, tidak sah kalau tidak merasa risau. Adakah boleh menyusukan si kecil? Adakah ia akan menjadi lebih menyakitkan?
Ok, kalau nak menyusukan, sudah pasti bahagian utama yang akan berfungsi ialah payudara. Boleh tak bayangkan, scalp yang ada macam kat kepala tu, ada pada bahagian areola? Kalau nipple cracked saja sudah menyakitkan, inikan pula scalp yang selebar itu! Ia kering dan juga mudah terluka.
Jadi, bagaimana nak menyusukan si kecil? Berdasarkan pengalaman lalu, apa yang boleh saya katakan, pesakit psoriasis yang mahu menyusukan si kecil, perlukan daya tahan sakit yang saaaaangat tinggi! Tersangat tinggi. Azam yang kuat, banyak bersabar. Apa pun cara yang kita guna pakai, kalau tak sabar, kalau tak tahan sakit, memang tak jadi.
Secara dasarnya, YA! Pesakit psoriasis boleh menyusukan si kecil. Pasti boleh. Sebab saya sudah lakukannya, dan anda pasti boleh! Sekiranya anda pesakit psoriasis dan mahukan konsultansi yang lebih detail, boleh hubungi saya di talian 019-2712601 atau hubungi saya menerusi emel ibuaz.shoppe@gmail.com.
Saya akan bantu anda melalui pengalaman yang menyakitkan itu tetapi penuh dengan kemanisan. Jangan risau, anda tidak berseorangan.
Leave a Reply