Kesihatan bermula dari rumah

Rawatan alternatif untuk ekzema & psoriasis

Posted by on May 22, 2017 in Diet Psoriasis, eczema, Jurnal Psoriasis | 0 comments

Buat yang sememangnya mempunyai ekzema atau psoriasis, pastinya sudah tahu apakah rawatan yang diberikan oleh doktor. Antara yang akan dipreskripsikan oleh doktor ialah anti-histamin, krim akues, dan lotion. Kalau untuk psoriasis, ada tambahan betamethasone.

psoriasis-vs-eczema

 

Soalannya, sampai bila nak guna? Semasa saya masih mempunyai temujanji doktor di hospital pakar dulu, oinment betamethasone yang diberikan kepada saya, warnanya cerah, tidak melekat. Beberapa tahun berulang-alik ke hospital, saya perasan ointment itu makin pekat dan makin melekat di jari-jari saya. Stress saya bertambah. Bila dah sticky macam tu, macamana pula nak buat kerja? Nak pegang alatan, nak pegang pen, kertas lagi. Korang boleh bayangkan tak?

Akhirnya, saya tidak lagi bertemu doktor. Kali terakhir ialah pada 2008 rasanya. Sememangnya sejak itu saya fokus dengan mengamalkan suplemen. Tapi sekali lagi, soalan yang sama saya ajukan kepada diri. Dah namanya SUPLEMEN. Pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan terlebih dulu. Suplemen itu fungsinya untuk melengkapkan apa yang kurang.

Alhamdulillah. sesi EHCS dari Dr Anya Tay pada Sabtu yang lalu memberikan jawapannya. Dr Anya menyatakan, rawatan UTAMA ialah berkaitan dengan DIET. Ya, ini saya ada baca dalam beberapa artikel. Nampak gaya, perlu buat senarai apa yang boleh dan tak boleh. Dan senarai itu saya perlu kongsi kepada En Suami supaya dia dapat belikan bahan-bahan yang saya boleh makan. Hihihihi….

Anda pesakit Ekzema atau Psoriasisi? Mahu tahu lebih lanjut?

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya Yusrina Hata 019-2712601 atau klik icon di bawan ini.

Bertindak sekarang sebelum terlambat.

 

order-sekarang-juga

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *