Rawatan lain buat pesakit PSORIASIS

Hampir setahun yang lalu, saya selalu berfikir, apakah lagi cara untuk menghindar dari PSORIASIS? Adakah pesakit PSORIASIS hanya perlu mengambil ubatan sahaja, atau perlu memakan suplemen sahaja atau mengambil kedua-duanya? Saya sering mencari jawapan kepada isu ini kerana saya tidak mahu terlalu bergantung kepada sesuatu itu secara firm. 

Sememangnya saya sangat fleksibel. Saya senang untuk menggunakan ubatan doktor apabila perlu dan juga consume suplemen secara berterusan untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Selain daripada itu, saya berusaha untuk mengamalkan diet yang bersesuaian dengan pesakit psoriasis.

 

Pencuci harian yang mempunyai bahan kimia berbahaya

Penggunaan barang harian yang mempunyai kimia berbahaya

Adakah anda tahu apakah yang terdapat di dalam produk harian di rumah anda? Adakah anda tahu bahawa produk yang dihasilkan yang dijual di pasaran kebanyakannya mempunyai bahan kimia berbahaya? Mengapa bahan ini terdapat di dalam produk harian kita? Jawapannya ialah untuk memastikan pengilang dapat menghasilkan produk dalam kuantiti yang banyak tapi masih lagi dapat menjual pada harga ‘murah’ dan mengaut keuntungan yang banyak.

Penggunaan barangan harian yang mempunyai bahan kimia berbahaya boleh menyebabkan psoriasis berlaku dengan lebih teruk lagi. Ini kerana penggunaan bahan kimia berbahaya ini telah mengurangkan imuniti badan seseorang, dan ini menyebabkan psoriasis lebih mudah untuk ‘flare up’. Makanya lebih lambat dan susah untuk ia sembuh!

BERTUKARLAH kepada produk harian yang lebih SELAMAT!

Di pasaran sekarang terdapat banyak jenama yang dipercayai. Bahan yang digunakan adalah lebih baik dan selamat. Ya, mungkin sedikit mahal, tetapi yang PENTING ia selamat untuk diri dan keluarga.

No Comments

Post a Comment