Kesihatan bermula dari rumah

Resepi : Gulai tempoyak pucuk paku

Hahahaha… Kemain. Tetiba update blog dengan resepi. Sekali-sekala nak keluarkan skil memasak tu kan, apa salahnya kan..

.

.

Hari tu, Mak pergi Jelebu. Balik rumah bawa dua bekas tempoyak. Ya, omak den memang tahu anaknya hantu tempoyak, maka satu bekas adalah untuk den. Hihihi. Terima kasih Mak, I LOVE YOU! Makan sorang aje, sebab dalam rumah ni, En Suami tak layan tempoyak. Anak-anak lagi laaaa….  Heaven sungguh!

.

.

Bila pergi kedai beli barang dapur, ternampak pucuk paku. Teringat plan dengan tempoyak di rumah. Maka, inilah hasilnya.

.

Gulai tempoyak pucuk paku

.

Ok, Saya bukanlah pandai memasak. Makanya, setiap kali nak masak yang pertama Kali, memang akan buat carian dulu di Google. Entah tadi berhenti di blog mana (minta maaf sgt!), Saya kongsi semula di sini.

.

Bahan-bahannya :

Seikat pucuk paku

Bawang besar – 3 biji (dikisar)

Cili padi – ikut kepedasan memasing (dikisar)

Santan – 500gm

Bawang putih – 5 ulas (diketuk)

Halia – 2 ulas (diketuk)

Ikan bilis -100gm

Serbuk kunyit – 2 sudu teh

Garam secukup rasa.

.

Cara memasak :

1. Bersihkan pucuk paku.

2. Masukkan santan dan serbuk kunyit ke dalam periuk. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar.

3. Api sederhana. Kacau sehingga naik bau. Kemudian masukkan pucuk paku, bawang putih, serai, dan ikan bilis.

4. Agak-agak pucuk paku dah layu, masukkan garam. Dan rasa.

Resepi asalnya minta masukkan kiub ikan bills, tapi Kat rumah ni takde stok tu. Jadi, buat dengan apa yang ada lah ye.

.

InsyaAllah sedap.

Selamat memasak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *