Sajat bertelekung di Mekah

Riuh di media sosial dan di mana saja tentang isu Sajat bertelekung di Mekah. Dah macam jadi isu negara. Kenapa agaknya ini menjadi berita tergempar?

Cantik walaupun nampak mata saja

Ini kerana maklumat yang netizen tahu ialah Sajat seorang lelaki yang mengubahkan diri menjadi seorang wanita. Dan disebabkan itulah, orang ramai berasa marah kerana Sajat mempermainkan agama. Sekiranya Sajat dari awal lagi telah benar-benar membuktikan dirinya seorang wanita (terbukti dari segi saintifik ya! bukan melalui alat kemaluan), maka pastinya orang ramai tidak akan marah sebegini rupa.

Saya melihat isu ini dari pandangan berbeza. Sajat itu sudah tentu dirinya sentiasa dalam ujian Allah. Sekiranya dia benar seorang lelaki, maka ujian kepada dirinya ialah mengembalikan dirinya kepada fitrah. Dari sudut lain pula, ia juga adalah ujian buat kita semua. Bagaimana kita mendepani isu ini? Bagaimana kita menjaga jari jemari kita dari menulis perkara yang bukan-bukan? Bagaimana kita menjaga mulut kita dari memperkatakan perkara yang bukan-bukan? Terlupakah kita, SENJATA ORANG-ORANG MUKMIN ialah DOA.

Sepatutnya kita ramai-ramai BERDOA supaya Allah sentiasa memberikan rahmatnya kepada Sajat dan keluarganya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.