Sakit perut memulas…. tapi tak juga membuang!

Ramai orang selalu kena macam ni kan. Memulas-mulas rasa perut tu tapi bila masuk bilik air, tidak juga ‘bahan’ tu keluar 😢😢😢 Orang panggil keadaan ni ‘sembelit’. Omputih pula kata ‘ constipation’. Kebiasaannya, kita akan cuba cari pelawas untuk bagi ia senang keluar. Tapi betul ke pelawas aje yang boleh bantu masalah ni? Tahu tak, sembelit ini juga adalah salah satu simptom bagi keadaan penyakit dalam badan.

Jom sambung baca. CikYut terangkan…

Sebelum kita terjah pasal SEMBELIT, kita kena tau dulu sistem yang terlibat, iaitu SISTEM PENCERNAAN.

Sistem pencernaan terbahagi kepada DUA, iaitu :
1. Organ pencernaan : mulut, kerongkong, perut, usus kecil, usus besar, anus

2. Kalenjar pencernaan : lidah, pankreas, hati, hempedu

Mulut. 👄
Ada 3 komponen penting dalam mulut, iaitu gigi, lidah dan kalenjar ludah.

Gigi : hancurkan makanan
Lidah : Banyak fungsi – atut makanan dalam mulut, tolak makanan masuk ke kerongkong
Kalenjar ludah : menghasilkan ludah

Air dalam mulut (ludah) perlu ada sebagai pelincir masa kita nak makan. Dalam mulut ada enzim asimilasi yang akan menguraikan polisakarida ke disakarida. Jadinya proses pencernaan telah bermula di mulut.

Kerongkong.
Kerongkong berukuran 25cm panjang dan berdiameter 2cm
Fungsi keronkong ni mudah aje. Ia bertugas membawa makanan dari mulut ke perut (lambung). Tapiiii, walaupun mudah, ia perlu diberi perhatian juga. Ini kerana ada otot pada kerongkong yang bertugas untuk menolak makanan ke bawah. Ia akan mengembang dan menguncup. Proses ini dipanggil peristalsis.

Jadinya, kalau ooto pada kerongkong tidak berfungsi dengan baik, kita tidak mampu untuk menelan makanan itu.

Perut (lambung).
Berbentuk seperti kantung yang terletak di sebelah kiri, di bawah dada.

Perut Ada 3 bahagian, atas, tengah dan bawah.

Ada 2 bukaan (klep).
– Antara kerongkong dengan perut
– Perut dengan usus
Klep ni fungsinya ialah xmo bagi makanan tu masuk balik ke ruangan sebelumnya. Klep ni fungsi dia xmo bagi makanan tu masuk balik ke ruangan sebelumnya

Ok. Next is usus kecil.
Ada 3 bahagian :
– Duodenum
– Jejunum
– Ileum

Usus besar dan usus kecil

Fungsi utama usus kecil – menguraikan makanan kepada komponen lebih kecil sebelum ia diserap ke dalam darah. Proses pencernaan juga berlaku di usus kecil

Usus besar pula terdiri dari enam bahagian : sekum, kolon asenden, kolon transversum, kolon desenden, kolon sigmoid, dan rektum.

Ileum – hujung usus kecil yang bersambung ke usus besar

Tugas utama usus besar ialah menyerap air dan mineral dari sisa makanan. Sehingga menjadi padat dan membentuk najis. Peristalsis akan mendorong najis menuju rektum hingga dikeluarkan melalui anus

Ok… Ayat ringkas.

Makanan masuk mulut. Dikunyah menjadi kecil. Lalu kerongkong, masuk ke perut. Protein dicernakan di perut. Yg masih bersisa akan ke usus kecil, dicernakan lagi kepada komponen lebih kecil. Yang masih bersisa akan ke usus besar. Air diserap dari Bahan sisa. Yg masih tinggal, yg tidak dapat diserap menjadi najis Dan akan keluar melalui anus

Tadi tu semuaaaa, baru organ yang terlibat. Jangan lupa pelincir nya iaitu kalenjar pencernaan.

Ludah, pankreas, hati, hempedu. Ludah tadi di mulut
Pankreas – menghasilkan enzim pencernaan dan hormon insulin
Hati – detoksifikasi kan zat2 beracun dalam pencernaan
Kantung Hempedu – simpan hempedu dari hati dan emulsi lemak

Saraf yang terlibat.

Ok.. kita belum habis lagi ya. Tapi kita sambung ke next post ya. Tunggu tau!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.