Kesihatan bermula dari rumah

Sampai di sini saja…

Posted by on Jan 22, 2015 in Breastfeeding, Jurnal Psoriasis | 0 comments

Pernah menyusukan 2 orang anak. Pernah menyusukan sehingga si kecil berusia 4 tahun. Sepatutnya tidak nampak yang proses ini akan berhenti secepat ini. Tapi, apakan daya. Walaupun telah menggunakan segala ilmu pengetahuan yang ada, adakala ia berlaku di luar kawalan kita.




Ia tidaklah berhenti sepenuhnya. Azmie masih lagi menyusu direct, tetapi pada keadaan atau masa-masa kritikal, dia tidak akan minum direct. Hatta susu perahan pun tidak. Pasti ada yang akan tertanya-tanya. Kenapa tidak diberikan susu perahan? Susah juga nak jawab. Bahagian yang paling penting itu yang terganggu, jadi nak perah ke, nak pegang ke, adalah sedikit mustahil. 


Mungkin boleh sekiranya saya makan pain killer atau ambil Bcomplex secara overdose untuk mengurangkan sakit. Tetapi bagaimana pula darah yang akan menitis keluar dan masuk ke dalam bekas yang mengandungi susu perahan itu? Adakah saya perlu guna penapis? Ya.. nak tahan sakit, ada caranya. Kadang-kala, walaupun sakit, saya beri juga Azmie minum secara direct.

Sekejap atau lama dia menyusu, itu adalah rezkinya. Saya sebagai ibu, pasti akan cuba sehabis baik. Tiada apa yang perlu dikesalkan. Alhamdulillah, saya diberi peluang, dan masih diberikan kesempatan ini..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *