Selamatkah rumah kita?

Keselamatan adalah perkara utama dalam kehidupan kita. Bila keluar dari rumah nak ke sesuatu tempat, mesti kita akan fikir, selamat tak tempat tu? ok ke tak tempat tu? Sampai kita sendiri terlupa keselamatan dalam rumah Keselamatan dalam rumah, bukan setakat mengenai suis eletrik, pintu berkunci atau tidak, atau ada CCTV di rumah ke tidak. Keselamatan yang saya maksudkan ialah adakah rumah kita benar-benar selamat dari bahan pencuci berbahaya.

 

Berapa ramai ibu yang sedar dan mengambil perhatian mengenai keselamatan hal ini?  Adakah ibu-ibu tahu bahan yang ibu-ibu guna untuk mencuci pinggan, mencuci baju, mencuci lantai, selamat atau tidak kepada ahli keluarga kita? Antara 10 bahan yang berbahaya yang BANYAK berada di dalam rumah ialah :

 

 

Kebanyakan bahan yang kita beli di supermarket, di pasaraya besar tidak mempunyai LABEL dan kita tidak tahu apakah bahan yang dimasukkan untuk menghasilkan pencuci itu. Apa yang ibu tahu ialah, ‘aku beli pencuci ini untuk pastikan tandas aku bersih berkilat dan wangi’. Betul tak? Ya, saya juga begitu dulu. Tidak pernah ambil peduli.

 

Sejak bila saya ambil peduli? mmm… lebih kurang 2 tahun yang lalu. Saya ialah pesakit psoriasis yang telah didiagnos sejak 2001. Dan mengikut lawatan doktor sehingga 2007. Sejak 2007, saya berhenti untuk berjumpa doktor, kerana doktor memberitahu saya tiada rawatan lain yang boleh dibuat. Hanya akan meningkatkan dos ointment sahaja. Dan sekiranya bertambah teruk, dia akan memulakan preskripsi steroid. Hanya selepas kelahiran anak ke 3, saya mula fokus pengambilan suplemen untuk mengawal psoriasis saya. Dan sehingga ke 2017-2018, saya berfikir, adakah ini saja usaha yang perlui saya ihktiarkan untuk terus sihat? Ada tak agaknya cara lain.

 

Dan, saya memulakan pembacaan, bagaimana untuk sihat bermula dari dalam rumah. Dan hasil pembacaan, saya banyak berjumpa dengan pencemaran di dalam rumah. Dan LEBIH MEMERANJATKAN lagi, pencemaran ini memberikan kesan yang lebih teruk kepada anak-anak kerana sistem imun mereka yang masih lemah berbanding orang dewasa. Oh, sedihnya!!! Tanpa sedar, saya sendiri telah meletakkan tahap keselamatan anak-anak kepada tahap yang lebih rendah. Mereka TIDAK lagi selamat di dalam rumah sendiri!!

Sekarang, adakah anda (ibu-ibu) merasakan rumah anda masih lagi selamat?

Di post akan datang, saya akan terangkan satu persatu mengenai 10 bahan yang berbahaya di atas.

One thought on “Selamatkah rumah kita?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *